Sunday, April 16, 2017

Pelbagai Pilihan Barangan Kecantikan Di E-Store Tony Moly

Perempuan dan barangan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Sekarang ni terdapat pelbagai barangan kecantikan di pasaran. Pilih je nak beli yang mana. Macam aku sekarang ni memang suka sangat kumpul barangan kecantikan lebih-lebih barangan komestik. Sampaikan dah tak muat bakul alat make up aku. Terbaru aku sudah pun menambah barangan kosmetik dari Tony Moly. Mungkin korang baru pertama kali mendengarnya kan? Haaa, meh aku nak perkenalkan kat korang. Terdapat pelbagai pilihan barangan kecantikan yang boleh korang pilih di E-Store Tony Moly. Ada produk penjagaan kulit muka, rambut serta barangan kosmetik. 

Pelbagai Pilihan Barangan Kecantikan Di E-Store Tony Moly

Pelbagai Pilihan Barangan Kecantikan Di E-Store Tony Moly


Aku memang penggemar barangan kosmetik. Kalau boleh memang aku nak cukup lengkap barang make up aku seperti blusher, foundation, lipstik, eyeshadow dan banyak lagi lah. Jadi, memang kena lah dengan aku bila Tony Moly memperkenalkan barang make up pada aku. Memang aku suka sangat la. Kalau korang nak tahu, produk dari Tony Moly ni adalah keluaran dari Korea dan ianya boleh dipercayai. Memang rasa teruja sangat bila dapat guna produk dari Korea. Boleh feeling artis Korea sekejap. Hahaha.. Nak tahu produk apa yang aku dapat dari Tony Moly ni? Tengok gambar di bawah. Jeng jeng jeng...



Taraaaa. Best kan? Ada set Bcdation Double Serum Cushion, Liptone Get It Tint Trio dan 2 Cheektone Single Blusher. Sememangnya semua tu menjadi kesukaan aku. Boleh la kan touch up sikit-sikit bila nak pergi kerja. Takde la muka tu asyik kusam dan tidak bermaya je. Kena la sentiasa tampil ceria. Nak buat kerja senang hati. Betul tak? Meh aku perkenalkan satu persatu produk ni yer.

Liptone Get It Tint Trio


Jangan sangka kecil-kecil camni tidaak mampu menjadikan bibir kita menawan tau. Bau dia wangi dan bila kita pakai di bibir akan rasa sejuk.  Kalau korang nak tahu, Liptone ni akan terus mekar dibibir walaupun selepas kita makan atau minum. Masih melekat lagi warna merah tu kat bibir tu. Memang gojezz sangat guna Liptone Get It Tint Trio ni. Korang boleh dapatkannya dengan harga RM59.90 di SINI



Cheektone Single Blusher


Comelkan blusher ni? Memang comel pun. Kecil dan mudah dibawa. Masukkan je dalam beg korang tu. Tak payah susah-susah nak bawak beg make up bagai. Apa yang bestnya bila Cheektone Single Blusher ni, warnanya tidak kelihatan over pada wajah kita. Jadi bila pakai tu wajah akan nampak lebih ayu. Korang boleh dapatkan Cheektone Single Blusher ni dengan harga RM42.90 di SINI.

 


Bcdation Double Serum Cushion


Nak wajah kelihatan flawless? Pakai Bcdation Double Serum Cushion ni boleh menjadikan wajah korang flawless macam artis Korea. Hihihi. Memang best. Wajah akan kelihatan lebih putih dan licin. Hanya ratakan pada sekitar wajah dan lebihkan sedikit pada permukaan wajah yang mempunyai masalah. Korang boleh dapatkannya dengan harga RM139.90 di SINI



Selain set penjagaan wajah, korang boleh juga dapatkan set penjagaan body di E-Store Tony Moly. Ada pelbagai jenis produk penjagaan tubuh yang boleh korang pilih. 



Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan produk dari Tony Moly ni, boleh layari laman berikut:

Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer Keperluan Setiap Wanita

Trimmer menjadi keperluan bagi wanita? Betul ke? Trimmer atau pencukur memang perlu bagi wanita yang amat mementingkan kecantikan dan kebersihan serta keterampilan diri. Terbaru, aku di perkenalkan dengan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer yang mana ianya sangat mudah mudah digunakan dan tidak merbahaya apabila kita menggunakannya pada tempat sensitif. Kalau guna pencukur biasa mungkin akan takut terluka tapi dengan menggunakan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni, korang tak perlu risau lagi. Yang menariknya lagi Veet Sensitive Touch ni, banyak kegunaan yang boleh kita gunakan. Nanti aku akan ceritakan kat korang ye..

Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer Keperluan Setiap Wanita


Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer Keperluan Setiap Wanita


Veet Sensitive Touch merupakan sejenis peranti elektronik keluaran Veet yang mana ianya didatangkan dengan pelbagai fungsi kepala untuk mencukur bulu-bulu halus di badan. Kalau guna pencukur biasa akan membuat tahap kerisauan lebih tinggi sebab takut terluka terutamanya pada bahagian sensitif. Merana la oiii. Jadi, dengan ada Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni korang tak perlu risau lagi untuk mencukur. Bersaiz kecil seperti berus gigi elektronik, Veet Sensitive Touch mudah sahaja dibawa di dalam beg tangan serta membantu anda menyelesaikan situasi masalah bulu dimana-mana jua.

Apabila aku diperkenalkan dengan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni, aku jadi terpegun sebab ianya mempunyai pelbagai fungsi. Bukan setakat mencukur pada bahagian sensitif malahan boleh juga digunakan untuk mencukur kening, bulu-bulu halus pada sekitar muka atau pendek katanya misai nipis la. Hihi. Best kan? Tak payah nak susah-susah beli banyak pencukur. Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni boleh guna untuk buat semua benda tu. Jimat kan.



Kelebihan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer 


  • Didatangkan dengan pelbagai aksesori yang sesuai khusus untuk mencukur
  • Mempunyai set sikat
  • Mempunyai berus pembersih
  • Selamat digunakan
  • Hanya menggunakan bateri AA
  • Mudah dibawa bersama beg kantung kecil yang disediakan



Ingin dapatkan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer? Korang boleh dapatkan ia dengan harga RM119 di pasaraya serta farmasi berdekatan dengan korang. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati laman web ini http://www.veet.com.my/en/products/electric-trimmer/sensitive-touch/sensitive-touch-beauty-trimmer/



Saturday, April 8, 2017

Cara Edit Gambar Pelangi Guna Picsart

Kalau korang perasan la kan, sejak beberapa hari ni penuh gambar kat IG dan FB orang dok upload gambar bertemakan pelangi. Gambar pelangi macam mana tu? Gambar tu seolah-olah di lukis. Cantik woiii. Aku sendiri pun terjebak jugak la dok mengedit gambar sendiri. Gigih hokeyy. Tambahan lagi aku memang suka bab edit mengedit gambar ni. Hahahaha. Nak edit tu takde la susah sangat pun. Bukan guna Photoshop atau Adobe Illustrator pun. Guna aplikasi Picsart dan Focus N Filters dalam henpon je. Aplikasi Focus N Filters tu pulak masih lagi baru. Tengah hot sekarang ni. Ramai dok edit gambar guna aplikasi tersebut termasuk lah aku sendiri. Hihihi. Ada tak antara korang ni yang belum tahu lagi cara nak edit gambar pelangi guna picsart? Nak tahu tak? Aku nak tunjukkan cara edit gambar pelangi guna picsart ni. Sangat lah senang. 

Cara Edit Gambar Pelangi Guna Picsart

Cara Edit Gambar Pelangi Guna Picsart


1) Mula-mula sekali buka aplikasi Picsart di smartphone korang. Klik icon + seperti dalam gambar di bawah


2) Lepas tu korang klik 'Edit'



3) Kemudian korang pilih mana-mana gambar yang korang rasa nak edit. 



4) Selepas korang dah pilih gambar tu, korang klik pula pada bahagian 'Magic'. Boleh rujuk gambar di bawah ye.



5) Seterusnya, korang klik 'Rainbow'.



6) Taraaa. Dah jadi pun gambar versi pelangi. Selepas tu korang klik je icon ✓ untuk ke step seterusnya.



7) Seterusnya, korang klik → untuk save gambar yang dah korang edit.



8) Korang klik 'Gallery untuk save kan gambar korang tu dalam gallery. Aku lupa nak bulatkan. Hihi. Selepas itu tekan 'Done'



9) Step seterusnya ialah, korang back balik aplikasi Picsart korang untuk korang mulakan edit gambar baru. Buat seperti step pertama dan pilih gambar seperti di bawah. Gambar ni korang boleh dapatkan dari aplikasi Focus N Filters. Nanti aku tunjukkan macam mana nak dapatkannya gambar ni ye.

Selepas itu, korang klik 'Add photo'. Pilih semula gambar yang dah korang convert ke versi pelangi tadi



10) Bila dah keluar versi pelangi korang tu, korang boleh padam background yang tidak dikehendaki,



11) Dah siap buang background yang tak perlu tu, korang boleh la ejaskan sikit gambar tu mengikut kedudukan yang korang inginkan. Korang juga boleh ejaskan saiz gambar tersebut. Nak bagi kecik ke besar ke, suka hati korang lah. Dah puas hati semua tu boleh la terus save gambar tu. Nak save pun sama seperti step 7 dan 8.



12) Seterusnya, untuk tambahkan tulisan serta icon tambahan boleh gunakan aplikasi Focus N Filters ni. Caranya ialah buka aplikasi tersebut dan klik bahagian 'Gallery'. Pilih gambar yang korang edit dari aplikasi Picsart tadi.



13) Lepas tu, klik bahagian 'Text' untuk menambahkan tulisan dan bahagian 'Symbol' kalau korang rasa nak tambah apa-apa simbol pada gambar korang tu. Kalau rasa dah puas hati boleh la korang klik tanda ✓ untuk ke step seterusnya.



14) Step terakhir sebelum korang save, korang boleh pada bahagian vintage ni mengikut selera korang la. Dah ok semuanya, baru lah korang save gambar tersebut. 

Add caption


Dan taraaaa ini lah hasilnya dari apa yang telah di edit dengan hanya menggunakan aplikasi Picsart dan Focus N Filters. Senang je kan. Ni aku guna gambar kawen adik aku. Hahahaha. Korang boleh edit mengikut kreativiti korang sendiri. 


Yang ni aku nak tunjukkan macam mana caranya untuk dapatkan gambar dari aplikasi Focus N Filters tu.

1) Buka aplikasi Focus N Filters dan klik bahagian 'BG'. Korang boleh rujuk gambar di bawah ye.




2) Lepas tu korang save je tadi. Pastikan background putih la. Nampak cantik sikit.



Dan jadi lah seperti gambar di bawah ini. 



Jadi, macam mana korang rasa? Senang ke tak? Agak-agak korang boleh buat tak? Aku yakin korang boleh. Ikut sahaja seperti yang aku tunjuk ni. Takde la susah sangat pun. Sebab semuanya sudah tersedia. Hanya tekan tekan je pilih yang mana nak. Kalau guna Photoshop lagi susah. Hehehe.. Apa-apa pun selamat mencuba ya korang. Babai..


Tuesday, April 4, 2017

ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka

Jejaka moden hari ni sentiasa menjaga penampilan diri sama ada sedang bekerja mahupun ingin melakukan aktiviti lasak. Penampilan yang baik akan memberikan lagi impak positif dalam diri seseorang jejaka. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO. Wangian ROMANO pastinya pilihan yang terbaik buat jejaka tampan hari ini.


ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka


ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka


Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri. Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka

ROMANO Eau De Toilette – FORCE


Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.


ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE


Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.


Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.



ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.