Saturday, April 8, 2017

Cara Edit Gambar Pelangi Guna Picsart

Kalau korang perasan la kan, sejak beberapa hari ni penuh gambar kat IG dan FB orang dok upload gambar bertemakan pelangi. Gambar pelangi macam mana tu? Gambar tu seolah-olah di lukis. Cantik woiii. Aku sendiri pun terjebak jugak la dok mengedit gambar sendiri. Gigih hokeyy. Tambahan lagi aku memang suka bab edit mengedit gambar ni. Hahahaha. Nak edit tu takde la susah sangat pun. Bukan guna Photoshop atau Adobe Illustrator pun. Guna aplikasi Picsart dan Focus N Filters dalam henpon je. Aplikasi Focus N Filters tu pulak masih lagi baru. Tengah hot sekarang ni. Ramai dok edit gambar guna aplikasi tersebut termasuk lah aku sendiri. Hihihi. Ada tak antara korang ni yang belum tahu lagi cara nak edit gambar pelangi guna picsart? Nak tahu tak? Aku nak tunjukkan cara edit gambar pelangi guna picsart ni. Sangat lah senang. 

Cara Edit Gambar Pelangi Guna Picsart

Cara Edit Gambar Pelangi Guna Picsart


1) Mula-mula sekali buka aplikasi Picsart di smartphone korang. Klik icon + seperti dalam gambar di bawah


2) Lepas tu korang klik 'Edit'



3) Kemudian korang pilih mana-mana gambar yang korang rasa nak edit. 



4) Selepas korang dah pilih gambar tu, korang klik pula pada bahagian 'Magic'. Boleh rujuk gambar di bawah ye.



5) Seterusnya, korang klik 'Rainbow'.



6) Taraaa. Dah jadi pun gambar versi pelangi. Selepas tu korang klik je icon ✓ untuk ke step seterusnya.



7) Seterusnya, korang klik → untuk save gambar yang dah korang edit.



8) Korang klik 'Gallery untuk save kan gambar korang tu dalam gallery. Aku lupa nak bulatkan. Hihi. Selepas itu tekan 'Done'



9) Step seterusnya ialah, korang back balik aplikasi Picsart korang untuk korang mulakan edit gambar baru. Buat seperti step pertama dan pilih gambar seperti di bawah. Gambar ni korang boleh dapatkan dari aplikasi Focus N Filters. Nanti aku tunjukkan macam mana nak dapatkannya gambar ni ye.

Selepas itu, korang klik 'Add photo'. Pilih semula gambar yang dah korang convert ke versi pelangi tadi



10) Bila dah keluar versi pelangi korang tu, korang boleh padam background yang tidak dikehendaki,



11) Dah siap buang background yang tak perlu tu, korang boleh la ejaskan sikit gambar tu mengikut kedudukan yang korang inginkan. Korang juga boleh ejaskan saiz gambar tersebut. Nak bagi kecik ke besar ke, suka hati korang lah. Dah puas hati semua tu boleh la terus save gambar tu. Nak save pun sama seperti step 7 dan 8.



12) Seterusnya, untuk tambahkan tulisan serta icon tambahan boleh gunakan aplikasi Focus N Filters ni. Caranya ialah buka aplikasi tersebut dan klik bahagian 'Gallery'. Pilih gambar yang korang edit dari aplikasi Picsart tadi.



13) Lepas tu, klik bahagian 'Text' untuk menambahkan tulisan dan bahagian 'Symbol' kalau korang rasa nak tambah apa-apa simbol pada gambar korang tu. Kalau rasa dah puas hati boleh la korang klik tanda ✓ untuk ke step seterusnya.



14) Step terakhir sebelum korang save, korang boleh pada bahagian vintage ni mengikut selera korang la. Dah ok semuanya, baru lah korang save gambar tersebut. 

Add caption


Dan taraaaa ini lah hasilnya dari apa yang telah di edit dengan hanya menggunakan aplikasi Picsart dan Focus N Filters. Senang je kan. Ni aku guna gambar kawen adik aku. Hahahaha. Korang boleh edit mengikut kreativiti korang sendiri. 


Yang ni aku nak tunjukkan macam mana caranya untuk dapatkan gambar dari aplikasi Focus N Filters tu.

1) Buka aplikasi Focus N Filters dan klik bahagian 'BG'. Korang boleh rujuk gambar di bawah ye.




2) Lepas tu korang save je tadi. Pastikan background putih la. Nampak cantik sikit.



Dan jadi lah seperti gambar di bawah ini. 



Jadi, macam mana korang rasa? Senang ke tak? Agak-agak korang boleh buat tak? Aku yakin korang boleh. Ikut sahaja seperti yang aku tunjuk ni. Takde la susah sangat pun. Sebab semuanya sudah tersedia. Hanya tekan tekan je pilih yang mana nak. Kalau guna Photoshop lagi susah. Hehehe.. Apa-apa pun selamat mencuba ya korang. Babai..


18 komen

thankz share...rmaim benar yg buat gmbr mcm ni skrg..heheh

Cantik jugak jadinya! Step pun senang je :D

Trend sekarang rupanya ye gambar gini. Senang je guna picsart. TQ sharing :)

Ok nampaknya kena donlod picsart

tu laa bersepah gambar mcm ni di fb.cantik2 semuanya senang je nak buat rupanya

Wahhhhh, tapi yang rainbow filter tu bukannya semua gambar sesuai. nak pilih gambar yang sesuai tu stress betul haha.

tengok ramai yang buat, memang cantik. hehehe

Banyak jugak ya fungsi picarts ni baru tahu :) btw tqq atas perkongsian :)

Tq zatie bagi tutor lengkap camne, tapi cm tetap nak hang buatkan, hehe

Salam singgah sini dik...cantik hasil dia...

Terima kasih dik sudi kongsi tutorial ni...hihi

Macam tu rupanya.. lama dah cari tutorial ni sebab kat facebook ramai orang dah buat. Kira trending la kan.. teringin juga nak cuba buat ;)

semua guna cari ni..tapi akk takdenya nak buat..takleh install dah tepon ni

owh senang ja...nanti nak cuba hehe

laa senang ja. hehe boleh cuba la pasni

http://www.cikfira.com/

menarik lah. thanks sbb sudi share. :)

jalan2 la ke sini nnt ye. hehe :-* tq awak https://superbvitaminhouse.blogspot.my/

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon