ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka

11:12:00 PM
Jejaka moden hari ni sentiasa menjaga penampilan diri sama ada sedang bekerja mahupun ingin melakukan aktiviti lasak. Penampilan yang baik akan memberikan lagi impak positif dalam diri seseorang jejaka. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO. Wangian ROMANO pastinya pilihan yang terbaik buat jejaka tampan hari ini.


ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka


ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka


Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri. Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette Pilihan Terbaik Untuk Si Jejaka

ROMANO Eau De Toilette – FORCE


Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.


ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE


Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.


Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.



ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

9 komen

Write komen
Lea Azleeya
AUTHOR
April 5, 2017 at 12:10 AM delete

Harus semerbak bau laman blog izzati ni.. hehehe

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
April 5, 2017 at 1:19 AM delete

Hiii bahaya bau maskulin2 ni, nanti tergoda, kekekeke

Reply
avatar
Shesyira As
AUTHOR
April 5, 2017 at 6:09 PM delete

hahaha suka bau perfume lelaki nnti boleh beli untuk husben

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
April 5, 2017 at 9:55 PM delete

Tuu nak bagi siapa pakai perfume tu. Ahem :p

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
April 8, 2017 at 9:21 AM delete

Wangi. My hubs pernah pakai sekali je perfume ni :)

Reply
avatar
April 13, 2017 at 10:27 PM delete

dulu dhubby pernah guna...bau maskulin sangat..tu yg tergoda haha

Reply
avatar
aRzMoHa
AUTHOR
April 23, 2017 at 12:23 PM delete

pilihan saya juga...jejaka pilihan :p

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon