Sunday, April 16, 2017

Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer Keperluan Setiap Wanita

Trimmer menjadi keperluan bagi wanita? Betul ke? Trimmer atau pencukur memang perlu bagi wanita yang amat mementingkan kecantikan dan kebersihan serta keterampilan diri. Terbaru, aku di perkenalkan dengan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer yang mana ianya sangat mudah mudah digunakan dan tidak merbahaya apabila kita menggunakannya pada tempat sensitif. Kalau guna pencukur biasa mungkin akan takut terluka tapi dengan menggunakan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni, korang tak perlu risau lagi. Yang menariknya lagi Veet Sensitive Touch ni, banyak kegunaan yang boleh kita gunakan. Nanti aku akan ceritakan kat korang ye..

Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer Keperluan Setiap Wanita


Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer Keperluan Setiap Wanita


Veet Sensitive Touch merupakan sejenis peranti elektronik keluaran Veet yang mana ianya didatangkan dengan pelbagai fungsi kepala untuk mencukur bulu-bulu halus di badan. Kalau guna pencukur biasa akan membuat tahap kerisauan lebih tinggi sebab takut terluka terutamanya pada bahagian sensitif. Merana la oiii. Jadi, dengan ada Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni korang tak perlu risau lagi untuk mencukur. Bersaiz kecil seperti berus gigi elektronik, Veet Sensitive Touch mudah sahaja dibawa di dalam beg tangan serta membantu anda menyelesaikan situasi masalah bulu dimana-mana jua.

Apabila aku diperkenalkan dengan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni, aku jadi terpegun sebab ianya mempunyai pelbagai fungsi. Bukan setakat mencukur pada bahagian sensitif malahan boleh juga digunakan untuk mencukur kening, bulu-bulu halus pada sekitar muka atau pendek katanya misai nipis la. Hihi. Best kan? Tak payah nak susah-susah beli banyak pencukur. Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer ni boleh guna untuk buat semua benda tu. Jimat kan.



Kelebihan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer 


  • Didatangkan dengan pelbagai aksesori yang sesuai khusus untuk mencukur
  • Mempunyai set sikat
  • Mempunyai berus pembersih
  • Selamat digunakan
  • Hanya menggunakan bateri AA
  • Mudah dibawa bersama beg kantung kecil yang disediakan



Ingin dapatkan Veet Sensitive Touch Electrical Trimmer? Korang boleh dapatkan ia dengan harga RM119 di pasaraya serta farmasi berdekatan dengan korang. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati laman web ini http://www.veet.com.my/en/products/electric-trimmer/sensitive-touch/sensitive-touch-beauty-trimmer/



1 komen so far

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon