Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

9:40:00 PM 2

Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.



SELAMAT BERSEGMEN

Chefmanship Akademi Di Bazar Ramadhan MPKB

7:30:00 AM 0
Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) kini memberi nafas baru untuk program inovatif dengan memperkenalkan modul baru iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan. CA merupakan satu-satunya pusat setempat untuk pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef bagus berasas penekanan di atas keusahawan bijaksana melalui memperkenalkan modul terbaru mulai sekarang.

Unilever Food Solutions bekerjasama dengan MPKB sejajar dengan Rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan anggaran 8,000 tan sehari di Malaysia
 Chefmanship Akademi Di Bazar Ramadhan MPKB
Sambutan hebat dari penjaja Bazar Ramadhan MPKB menghadiri program CA oleh UFS


Program ini adalah sebahagian dari Rancangan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Plan) dengan matlamat meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia. Pengurus Jualan Nasional UFS Eric Chong berkata di upcara pelancaran: “UFS sungguh berbangga bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk taklimat khas ini dengan penglibatan lebih dari 400 pengendali makanan sempena Bazar Ramadhan tahunan.

Pendaftaran untuk program inovatif UFS


“Kami telah menerima maklumbalas positif untuk modul kini iaitu keselamatan makanan serta pengiraan kos dan sungguh wajar untuk memperkenalkan program terkini iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan. “Berdasarkan data dari Instititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembaziran makanan oleh rakyat Malaysia berjumlah 8,000 tan sehari dan kebanyakannya masih bersih dan boleh dimakan.

“Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menganggarkan pembaziran makan sedunia berjumlah 1.3 bilion tan, bernilai RM4.4 trilion setahun dan cukup untuk memberi makan kepada 3 bilion orang!”

UFS sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia sejak CA dilancarkan pada tahun 2013. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Eric berkata: “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini dianggarkan lebih 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.

“Kami amat bangga bekerjasama dengan rakan sepandangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan dan ini membantu kami untuk terus maju.

Pengurus Jualan Nasional UFS Eric Chong memberi penerangan lanjut tentang CA

“UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya pengendali makanan yang terlibat dalam CA dapat meningkatkan teknik dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operas​i termasuk bahan makanan.”

Pengendali makanan akan diberi lebih kesedaran tentang trend industri dan memahami keperluan peraturan. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman mengikut kerja dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai. 

Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas bila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan atau keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan.

Ucapan oleh ​Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj Zamri Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran
​ ​Kota Bharu (MPKB)

“Untuk mengeratkan komunikasi dengan pengendali makanan dan pihak perniagaan runcit, UFS telah mewujudkan satu rangkaian WeChat yang merangkumi lebih dari medium utusan alat mesej segera, di mana kita juga boleh berinteraksi dan memberi maklumat dan juga tip bagaimana untuk menjadi pengendali makanan yang lebih baik.

“Kandungan rangkaian in termasuk resipi baru, aplikasi dalam mainan yang kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my,” Eric berkata.


Pengurus Jualan Nasional UFS Eric Chong menandatangani jaket cef disaksikan (di belakang) oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan Darul Naim serta Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj Zamri Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran
​ ​Kota Bharu (MPKB)





UNIC Juara Gema Gegar Vaganza

12:17:00 AM 3
Assalamualaikum. Fuhh. Baru habis tengok konsert akhir Gema Gegar Vaganza melalui Live Streaming You Tube Astro Gempak. Maklum lah, rumah sewa aku takde astro. Mampu tengok melalui live streaming je laa. Nasib baik ada wifi yang laju.. Hahahha. Aku yakin, mesti ramai yang tengok konsert akhir Gema Gegar Vaganza kan? Puas hati tak dengan keputusan yang di umumkan? Puas hati ke tidak, semua itu sudah tertulis rezeki masing-masing. Aku pasti ramai yang menyangka Hijjaz akan menjadi juara Gema Gegar Vaganza tetapi sebaliknya bekas anak murid Hijjaz iaitu UNIC yang menjadi juara Gema Gegar Vaganza. 

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza


UNIC Juara Gema Gegar Vaganza


Mungkin ada yang sudah meneka UNIC bakal menjadi juara Gema Gegar Vaganza tapi lagi ramai meneka Hijjaz adalah juara Gema Gegar Vaganza termasuk lah aku sendiri yang meneka begitu. Hehehe.. Hijjaz antara kumpulan nasyid otai yang join program ni. Mestilah disangkakan Hijjaz adalah juara tapi rezeki berpihak pada kumpulan UNIC. Rezeki anak. Aku sayu sangat bila tengok UNIC diumumkan sebagai pemenang lebih-lebih lagi Bazli. Dia berjuang untuk anaknya yang sedang menderita sakit kanser. Allahu. Bila aku tengok instagram Bazli update pasal anak dia, hati aku jadi sebak. Sedih bila tengok anak kecil itu sedang berusaha melawan sakitnya. Apatah lagi ibu bapa yang melihatnya. Fuhh. Sebak pulak taip entri ni. Huhuhu..

Aku ni peminat UNIC dari sekolah rendah lagi tau. Semua lagu-lagu lama UNIC dari album pertama aku hafal hokey. Siap tulis lirik dalam buku tau. Hahahaha.. UNIC membawakan lagu Ainul Mardhial serta lagu Kalah Dalam Menang battle bersama kumpulan Saujana. Memang mantap sangat persembahan kedua kumpulan ni. Artis nasyid nyanyi lagu rap hokey lebih-lebih lagi kumpulan Hijjaz. Syok betul aku tengok tadi. Macam tak puas je tengok persembahan mereka.

Naib juara Gema Gegar Vaganza iaitu Hijjaz membawakan lagu Fatamorgana yang merupakan lagu mereka sendiri. Meremang beb bulu roma dengar mereka nyanyi lagu tu. Untuk segmen battle pula, kumpulan Hijjaz membawakan lagu Alhamdulillah bersama kumpulan Mirwana. Munif Hijjaz rap tau korang. Tak sangka pulak aku. Hehehe. Mirwana juga tak kurang hebatnya kerana mendapat ketiga. Mereka membawakan lagu Ya Rasulullah nyanyian asal kumpulan Raihan. Kumpulan Mirwana ni juga antara kumpulan kegemaran aku. 

Peserta lain tidak kurang hebatnya seperti Azmi Caliph Busker yang mendapat tempat keempat diikuti Hafiz Hamidun tempat kelima dan kumpulan Saujana ditempat keenam. Persembahan mereka sudah mendapat tempat dihati peminat nasyid macam aku ni. Hehehe. 

Aku harap la kan, program Gema Gegar Vaganza akan diteruskan untuk musim seterusnya. Serius, aku rindu nak tengok kumpulan nasyid buat persembahan macam dulu. Hiburan sebegini memang patut diteruskan. Hiburan yang bermesej. Hiburang yang mendidik jiwa kita. Bukan hanya tahu berhibur semata-mata. Tahniah sekali lagi diucapkan buat kumpulan UNIC kerana berjaya menjadi juara untuk Gema Gegar Vaganza. Tahniah juga buat semua peserta lain. Nasyid sudah menjadi juara di hati aku dari dulu lagi. Hehehe.. Ok lah. Aku pun tak nak membebel panjang dah. Nak tidur. Babai.


Kenapa Aku Jadi Blogger?

8:30:00 AM 12
Hai korang. Aku tak pernah terfikir untuk jadi seorang blogger. Apa yang aku tahu, aku memamg suka menulis. Tahun ni merupakan tahun ketujuh aku jadi blogger. Lama dah kan? Ikutkan blog aku ni dah boleh masuk sekolah rendah. Hihihi. Jadi, memandangkan tahun ini adalah tahun ketujuk blog aku ni, aku nak kongsikan sesuatu dengan korang semua. Sebenarnya aku dah lama nak bercerita dengan korang. Cuma kemalasan menguasai diri. Hahaha. Korang mesti nak tahu, kenapa aku jadi Blogger? Macam mana boleh timbulnya rasa nak buat blog? Ramai juga yang tanya aku apa yang membuatkan aku untuk menjadi seorang blogger. Korang bersedia ke nak baca kisah kenapa aku jadi blogger?

Kenapa Aku Jadi Blogger?

Kenapa Aku Jadi Blogger?


Seperti aku beritahu pada permulaan tadi, aku tak pernah terfikir untuk jadi blogger. Tapi oleh kerana ada minat untuk menulis, aku buat satu blog dan wujud lah blog aku yang sekarang ni. Aku mendapat inspirasi untuk buat blog bila aku baca blog Yuyu Zulaikha dan Hanis Zalikha. Hahaha. Memang lucu sebenarnya. Lagipun aku dulu suka sangat tulis diari dan berangan. Tulis luahan hati lah katakan. Lagipun aku lebih selesa meluahkan sesuatu melalui penulisan bukannya melalui lisan. Dari situ aku pun terfikir untuk buat satu blog. Semuanya bermula pada tahun 2010. Nak kata lama dalam bidang blogging ni tak juga sebab masih banyak yang aku tak tahu tentang selok belok untuk jadi seorang penulis blog yang baik.

Perkara pertama yang aku buat sendiri tentang blog aku ni ialah tukar template blog. Dari dulu sampai sekarang template blog aku ni, 100% hasil kerja aku sendiri. Aku tak upah orang pun. Kenapa aku tak upah orang? Sebab aku takut nanti aku tak puas hati bila orang buatkan. Hahaha. Jadi, baik aku edit sendiri. Buruk ke tak, aku punya pasal laa. Cuma pada waktu dan ketika itu, aku memang zero tentang ilmu SEO. Aku tak tahu apa itu SEO. Jangan katakan nak buat SEO blog, UV PV blog aku langsung tak tahu. Hahaha. Kalau nak ikutkan UV PV tu basic bagi blogger. Nak tukar domain sendiri pun aku tak tahu. Aku pernah abaikan blog aku ni sebab masa tu sibuk dengan aktiviti sebagai pelajar tapi bila dah tamat belajar, aku kembali aktif dalam dunia blogging.



Jana Pendapatan Dengan Blog


Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia blogger ni, aku baru tahu yang buat blog ni boleh menjana pendapatan. Aku juga pernah membuat servis review berbayar. Berapa caj yang aku kenakan, biarlah menjadi rahsia. Kalau anak tahu, kena PM tepi. Hahaha. Haaa, jangan main-main dengan seorang blogger hokey. Kalau korang nak tahu, dari hasil blog inilah juga aku dapat membeli domain aku sendiri. Bila dah dapat guna nama sendiri ni, rasa cam bangga juga laa. Nak menulis blog pun lebih bersemangat.

Mungkin bagi korang jadi blogger ni mudah. Dapat banyak barang free.Tapi korang tak tahu nak cari idea untuk menulis dalam blog ni bukannya mudah. Pernah tau aku berjaga sampai lewat malam sebab nak buat entry kat blog ni. Bukan setakat ngadap laptop 24 jam lepas tu idea tu datang dengan spontan. Bukan senang tau. Pendek kata perlukan masa juga untuk mencari bahan yang sesuai nak tulis kat blog ni.



Melalui blog juga boleh buat bisnes. Sekarang ni ramai yang buat bisnes dengan menggunakan platform blog. Korang boleh baca SINI untuk info lanjut. Mungkin ramai yang tak tahu tentang kelebihan memiliki blog ni tapi kalau korang kaji betul-betul, blog boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Aku sendiri pun masih lagi dalam proses pembelajaran tentang hal ni. Banyak lagi yang perlu aku pelajari dari mereka yang hebat. Jadi, jangan rasa segan kalau korang ada blog ok.


Cukup lah dulu setakat ni aku membebel. Kering idea dah nak taip apa. Hahaha.. Nanti kalau ada info menarik, aku share dengan korang. Babai..



Shopee Pilihan Menarik Untuk Membeli-Belah

10:00:00 AM 12
Membeli-belah sudah menjadi kebiasaan bagi orang perempuan malahan boleh dikatakan sebagai satu hobi. Orang perempuan ni kalau tak dapat beli apa yang dia inginkan, boleh demam wooo. Dasyat kan? Hahaha. Sekarang ni terdapat pelbagai rangkaian online shopping yang terkenal. Korang pilih je nak beli barang apa. Macam-macam hado haaa. Janji duit dalam akaun korang tu kena banyak. Baru syok nak shopping. Shopee juga antara rangkaian online shopping yang terkenal di Malaysia. Macam-macam barang yang korang boleh beli kat Shopee ni. Macam mana nak membeli-belah kat Shopee ni? Aku akan tunjukkan caranya. 


Shopee Pilihan Menarik Untuk Membeli-Belah


Shopee Pilihan Menarik Untuk Membeli-Belah


Shopee merupakan pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara dapat menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. 

Terdapat pelbagai kategori barangan yang boleh korang pilih jika henda membeli-belah di Shopee antaranya ialah pakaian lelaki dan wanita, barangan kecantikan, barang kelengkapan rumah, kasut, barangan bayi dan kanak-kanak, gadget dan banyak lagi yang boleh didapati di Shopee ni. 


Shopee Pilihan Menarik Untuk Membeli-Belah



Cara-cara Membeli-Belah di Shopee


1) Mula-mula sekali korang buka laman web www.shopee.com.my. Korang login seperti biasa.

2) Kemudian, pilih kategori barang yang korang nak beli. Kalau nak beli beg, boleh pilih kategori Women's Bag & Purse

3) Dah jumpa barang yang korang berkenan tu, boleh la korang klik Add To Chart dan seterusnya Checkout. Buat pembayaran dan tunggu barang korang sampai depan pintu ruma korang. Mudah kan?

Nak tahu apa yang aku ingin sangat beli kat Shopee ni? Sudah pastinya pilihan aku ialah beg tetapi bukan handbag tau. Kali ni pilihan aku ialah Women Backpack. Senang guna beg galas ni. Galas je kat belakang. Ia juga nampak simple. Nak bagi nampak macam budak sekolah la katakan. Hahaha. Beg yang aku pilih ni harga dia memang murah. Bila dah murah, lagi la berkoba-kobar aku nak belinya. Hehehe..





Shopee Cahaya Raya


Berita baik untuk korang yang kaki online shopping ni. Bermula 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90% dari lebih 10 kategori produk yang pastinya semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari. Menariknya lagi, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian. 



Selain itu juga, Shopee juga akan mengadakan contest dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Haaa, peluang menarik yang tidak boleh dilepaskan. Selain shopping kat Shopee, boleh juga join contest yang dianjurkan. Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017 dan ia merupakan pertandingan terpanjang pernah dianjurkan untuk pengguna Shopee. Banyak lagi pertandingan dianjurkan termasuk Make a Wish for Mom (Buat Permintaan untuk Ibu), Selamat Berbuka Snaps (Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa) dan teka-teki Berapa Duit Raya, menjadikan hadiah keseluruhan mencecah nilai RM50,000.


Jadi, jom membeli-belah sekarang sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di cahayaraya.shopee.com.my. Korang boleh juga muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut. 


Smoothie Foundation 8 in 1 Dari Koreal Cosmetics Melembapkan Kulit Muka

11:00:00 AM 11
Muka glowing? Impian setiap wanita masa kini. Nampak cantik, kulit muka licin bebas dari parut-parut jerawat yang bermaharajalela di muka. Dari jauh orang dah nampak kelibat kita dengan muka yang cantik. Haa gitu. Over pulak aku ni. Hahaha. Penjagaan wajah amat penting kalau korang teringin kelihatan cantik setiap masa. Jadi, pemilihan foundation yang terbaik tu amatlah penting juga ye. Kalau korang tanya aku, apakah foundation yang terbaik? Pastinya aku akan cadangkan pada korang Koreal Cosmetics Smoothie Foundation yang mana ianya merupakan foundation 8 in 1 yang boleh menjadikan kulit muka lembap dan licin. Apa lagi yang menarik tentang Koreal Cosmetics Smoothie Foundation ni? Aku akan cerita pada korang. 



Koreal Cosmetics Smoothie Foundation 8 in 1 Menjadikan Muka Lebih Glowing


Koreal Cosmetics Smoothie Foundation ini mengandungi 8 in 1 kandungan seperti Vit C, Vit E, Triple Stemcell, Shining , SPF 35, Salmon collagen, Titanium Dioxide, Dimethicone yang mampu menjadikan wajah kelihatan licin dan berseri. Foundation ini juga dapat menahan peluh pada muka dan ianya tahan lama apabila dipakai. 

Kelebihan Menggunakan Koreal Smoothie Cosmetics Foundation


Antara kelebihan menggunakan Koreal Smoothie Cosmetics Foundation ialah:

→ Kesan dapat dilihat seawal 7 hari penggunaan
→ Berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam di wajah
→ Menjadikan wajah kelihatan awet muda
→ Wajah kelihatan cerah berseri
→ Kurang berminyak
→ Tahan peluh



Cara penggunaan


Picitkan sedikit Koreal Cosmetics SmoothieFoundation di hujung jari anda, letakan sedikit-sedikit di seluruh muka anda dan leher untuk memberikan kelembapan pada kulit serta agar kulit kelihatan licin dan lebih berseri.


Testimoni Pengguna


Aku ni bukan la jenis suka make up. Tapi benda wajib yang akan aku guna ialah foundation. Jadi, setelah diperkenalkan dengan Koreal Cosmetics Smoothie Foundation ni memang aku puas hati sangat.  Bila kita pakai kulit akan rasa lebih lembap dan sejuk. Ia juga dapat mengurangkan masalah minyak pada wajah aku ni. Yang penting foundation ni memang tak nampak bercapuk bila pakai. Ini aku tunjukkan pada korang beberapa testimoni dari pengguna yang sudah menggunakan produk ini.







Untuk pengetahuan korang juga, Smoothie Foundation 8 dalam 1 daripada Koreal Cosmetics ini akan on air untuk iklan radio @ Best FM radio pada 8/5-14/5  & 22/5-28/5. Malahan ia juga akan on air di TV Alhijrah Talkshow B'frenz pada 30/5, Selasa jam 12-1pm.

Harga Smoothie Foundation ini ialah RM87. Jika korang berminat untuk dapat produk ini atau ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi talian berikut:

Hotline: 019-2565008