Kenapa Aku Jadi Blogger?

8:30:00 AM
Hai korang. Aku tak pernah terfikir untuk jadi seorang blogger. Apa yang aku tahu, aku memamg suka menulis. Tahun ni merupakan tahun ketujuh aku jadi blogger. Lama dah kan? Ikutkan blog aku ni dah boleh masuk sekolah rendah. Hihihi. Jadi, memandangkan tahun ini adalah tahun ketujuk blog aku ni, aku nak kongsikan sesuatu dengan korang semua. Sebenarnya aku dah lama nak bercerita dengan korang. Cuma kemalasan menguasai diri. Hahaha. Korang mesti nak tahu, kenapa aku jadi Blogger? Macam mana boleh timbulnya rasa nak buat blog? Ramai juga yang tanya aku apa yang membuatkan aku untuk menjadi seorang blogger. Korang bersedia ke nak baca kisah kenapa aku jadi blogger?

Kenapa Aku Jadi Blogger?

Kenapa Aku Jadi Blogger?


Seperti aku beritahu pada permulaan tadi, aku tak pernah terfikir untuk jadi blogger. Tapi oleh kerana ada minat untuk menulis, aku buat satu blog dan wujud lah blog aku yang sekarang ni. Aku mendapat inspirasi untuk buat blog bila aku baca blog Yuyu Zulaikha dan Hanis Zalikha. Hahaha. Memang lucu sebenarnya. Lagipun aku dulu suka sangat tulis diari dan berangan. Tulis luahan hati lah katakan. Lagipun aku lebih selesa meluahkan sesuatu melalui penulisan bukannya melalui lisan. Dari situ aku pun terfikir untuk buat satu blog. Semuanya bermula pada tahun 2010. Nak kata lama dalam bidang blogging ni tak juga sebab masih banyak yang aku tak tahu tentang selok belok untuk jadi seorang penulis blog yang baik.

Perkara pertama yang aku buat sendiri tentang blog aku ni ialah tukar template blog. Dari dulu sampai sekarang template blog aku ni, 100% hasil kerja aku sendiri. Aku tak upah orang pun. Kenapa aku tak upah orang? Sebab aku takut nanti aku tak puas hati bila orang buatkan. Hahaha. Jadi, baik aku edit sendiri. Buruk ke tak, aku punya pasal laa. Cuma pada waktu dan ketika itu, aku memang zero tentang ilmu SEO. Aku tak tahu apa itu SEO. Jangan katakan nak buat SEO blog, UV PV blog aku langsung tak tahu. Hahaha. Kalau nak ikutkan UV PV tu basic bagi blogger. Nak tukar domain sendiri pun aku tak tahu. Aku pernah abaikan blog aku ni sebab masa tu sibuk dengan aktiviti sebagai pelajar tapi bila dah tamat belajar, aku kembali aktif dalam dunia blogging.



Jana Pendapatan Dengan Blog


Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia blogger ni, aku baru tahu yang buat blog ni boleh menjana pendapatan. Aku juga pernah membuat servis review berbayar. Berapa caj yang aku kenakan, biarlah menjadi rahsia. Kalau anak tahu, kena PM tepi. Hahaha. Haaa, jangan main-main dengan seorang blogger hokey. Kalau korang nak tahu, dari hasil blog inilah juga aku dapat membeli domain aku sendiri. Bila dah dapat guna nama sendiri ni, rasa cam bangga juga laa. Nak menulis blog pun lebih bersemangat.

Mungkin bagi korang jadi blogger ni mudah. Dapat banyak barang free.Tapi korang tak tahu nak cari idea untuk menulis dalam blog ni bukannya mudah. Pernah tau aku berjaga sampai lewat malam sebab nak buat entry kat blog ni. Bukan setakat ngadap laptop 24 jam lepas tu idea tu datang dengan spontan. Bukan senang tau. Pendek kata perlukan masa juga untuk mencari bahan yang sesuai nak tulis kat blog ni.



Melalui blog juga boleh buat bisnes. Sekarang ni ramai yang buat bisnes dengan menggunakan platform blog. Korang boleh baca SINI untuk info lanjut. Mungkin ramai yang tak tahu tentang kelebihan memiliki blog ni tapi kalau korang kaji betul-betul, blog boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Aku sendiri pun masih lagi dalam proses pembelajaran tentang hal ni. Banyak lagi yang perlu aku pelajari dari mereka yang hebat. Jadi, jangan rasa segan kalau korang ada blog ok.


Cukup lah dulu setakat ni aku membebel. Kering idea dah nak taip apa. Hahaha.. Nanti kalau ada info menarik, aku share dengan korang. Babai..



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

13 komen

Write komen
Nour Adieb
AUTHOR
May 17, 2017 at 9:19 AM delete

Sy buat blog sebab tertarik boleh hias cantik2 comel2 😍😁

Reply
avatar
May 17, 2017 at 9:30 AM delete

seronok bila ada blog sendiri kan (^_^)

Reply
avatar
ubai ismail
AUTHOR
May 17, 2017 at 8:59 PM delete

otai niii.. fuuhh mohon tunjuk ajar :)

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
May 17, 2017 at 9:05 PM delete

Dulu buat blog suka2 je sbb tgk senior ade blog.. bila dh ade blog best plak.. tu terjebak.. heee

Reply
avatar
FarahSanusi
AUTHOR
May 17, 2017 at 9:21 PM delete

Suka juga edit template sendiri. Tapi bila faah edit sendiri, buruk pulak dah! Haha

Reply
avatar
May 17, 2017 at 10:32 PM delete

Blogger senior zati ni rupanya. AS pun baru 5 tahun. Start blog tanggal 26 mei 2012..ehh belum cukup 5 tahun pun rupanya hahaha
Jemput baca SINI

Reply
avatar
May 18, 2017 at 9:03 AM delete

akak buat blog sbb nak cerita kisah anak2..

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
May 18, 2017 at 1:07 PM delete

Dulu dulu saja suka suka buat blog. Lama lama best pulak! Hahah.

Reply
avatar
May 20, 2017 at 12:02 PM delete

best kan kak ada blog.. heehe

Reply
avatar
Dedaun Comel
AUTHOR
May 20, 2017 at 5:46 PM delete

Terus terang kalau dulu niat saya nak mula berblog sebab nak cari duit sampingan..


Tapi lama2 tak fikir sangat pasal duit.. Rasa best je bila siap tiap2 artikel >.<

Reply
avatar
noor aziana
AUTHOR
May 23, 2017 at 12:22 PM delete

seronok juga berblog ni..
saya jadikan kedai 24jam untuk blog ini..")

Omega3 untuk kesihatan ibu hamil, penyakit kardiovaskular dan nyanyuk

Reply
avatar
Along Misuari
AUTHOR
June 11, 2017 at 8:21 PM delete

Kenapa AM berblog ya??
hmm...

Ikhlas Dari
Along Misuari

Reply
avatar
azhani azhar
AUTHOR
August 31, 2017 at 1:46 AM delete

seronok juga sebenarnya ada blog..
boleh menambah ilmu juga..

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon