UNIC Juara Gema Gegar Vaganza

12:17:00 AM
Assalamualaikum. Fuhh. Baru habis tengok konsert akhir Gema Gegar Vaganza melalui Live Streaming You Tube Astro Gempak. Maklum lah, rumah sewa aku takde astro. Mampu tengok melalui live streaming je laa. Nasib baik ada wifi yang laju.. Hahahha. Aku yakin, mesti ramai yang tengok konsert akhir Gema Gegar Vaganza kan? Puas hati tak dengan keputusan yang di umumkan? Puas hati ke tidak, semua itu sudah tertulis rezeki masing-masing. Aku pasti ramai yang menyangka Hijjaz akan menjadi juara Gema Gegar Vaganza tetapi sebaliknya bekas anak murid Hijjaz iaitu UNIC yang menjadi juara Gema Gegar Vaganza. 

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza


UNIC Juara Gema Gegar Vaganza


Mungkin ada yang sudah meneka UNIC bakal menjadi juara Gema Gegar Vaganza tapi lagi ramai meneka Hijjaz adalah juara Gema Gegar Vaganza termasuk lah aku sendiri yang meneka begitu. Hehehe.. Hijjaz antara kumpulan nasyid otai yang join program ni. Mestilah disangkakan Hijjaz adalah juara tapi rezeki berpihak pada kumpulan UNIC. Rezeki anak. Aku sayu sangat bila tengok UNIC diumumkan sebagai pemenang lebih-lebih lagi Bazli. Dia berjuang untuk anaknya yang sedang menderita sakit kanser. Allahu. Bila aku tengok instagram Bazli update pasal anak dia, hati aku jadi sebak. Sedih bila tengok anak kecil itu sedang berusaha melawan sakitnya. Apatah lagi ibu bapa yang melihatnya. Fuhh. Sebak pulak taip entri ni. Huhuhu..

Aku ni peminat UNIC dari sekolah rendah lagi tau. Semua lagu-lagu lama UNIC dari album pertama aku hafal hokey. Siap tulis lirik dalam buku tau. Hahahaha.. UNIC membawakan lagu Ainul Mardhial serta lagu Kalah Dalam Menang battle bersama kumpulan Saujana. Memang mantap sangat persembahan kedua kumpulan ni. Artis nasyid nyanyi lagu rap hokey lebih-lebih lagi kumpulan Hijjaz. Syok betul aku tengok tadi. Macam tak puas je tengok persembahan mereka.

Naib juara Gema Gegar Vaganza iaitu Hijjaz membawakan lagu Fatamorgana yang merupakan lagu mereka sendiri. Meremang beb bulu roma dengar mereka nyanyi lagu tu. Untuk segmen battle pula, kumpulan Hijjaz membawakan lagu Alhamdulillah bersama kumpulan Mirwana. Munif Hijjaz rap tau korang. Tak sangka pulak aku. Hehehe. Mirwana juga tak kurang hebatnya kerana mendapat ketiga. Mereka membawakan lagu Ya Rasulullah nyanyian asal kumpulan Raihan. Kumpulan Mirwana ni juga antara kumpulan kegemaran aku. 

Peserta lain tidak kurang hebatnya seperti Azmi Caliph Busker yang mendapat tempat keempat diikuti Hafiz Hamidun tempat kelima dan kumpulan Saujana ditempat keenam. Persembahan mereka sudah mendapat tempat dihati peminat nasyid macam aku ni. Hehehe. 

Aku harap la kan, program Gema Gegar Vaganza akan diteruskan untuk musim seterusnya. Serius, aku rindu nak tengok kumpulan nasyid buat persembahan macam dulu. Hiburan sebegini memang patut diteruskan. Hiburan yang bermesej. Hiburang yang mendidik jiwa kita. Bukan hanya tahu berhibur semata-mata. Tahniah sekali lagi diucapkan buat kumpulan UNIC kerana berjaya menjadi juara untuk Gema Gegar Vaganza. Tahniah juga buat semua peserta lain. Nasyid sudah menjadi juara di hati aku dari dulu lagi. Hehehe.. Ok lah. Aku pun tak nak membebel panjang dah. Nak tidur. Babai.


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
aRzMoHa
AUTHOR
May 22, 2017 at 12:22 AM delete

Tahniah buat UNIC

Tapi hijjaz pun best

Reply
avatar
Fadzil Ahmad
AUTHOR
May 22, 2017 at 8:54 AM delete

Tahniah UNIC. Teruskan martabatkan nasyid. Moga ramai hati2 terbuka untuk menerima dakwah ini. Kami naik bukan kerana kontroversi, kami usaha membuka pintu..

Reply
avatar
Sue Izza
AUTHOR
May 23, 2017 at 12:44 AM delete

tahniah unic rezeki tuk bazli ni

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon