Saturday, July 8, 2017

Makan Banyak Tapi Kurus Kering

Hai korang. Lama dah aku tak berceloteh kat blog ni. Tak sempat nak menaip. Hahaha. Aku nak tanya korang ni. Siapa suka makan? Angkat tangan plishhh. Aku adalah antara individu yang suka makan. Pantang orang ajak aku makan, memang aku cakap "YES". Hahaha. Kawan aku selalu perli aku. Aku dan makanan tak dapat dipisahkan. Kalau ajak pergi makan memang jarang la nak cakap "NO". Boleh nampak la kan hobi aku ni adalah makan. Hihihi. Cuma satu je laa. Berat aku susah naik. Aku makan 3 kali sehari pun berat duk camtu jugak. Tak naik. Tapi kalau kurang kebarangkalian berat nak turun tu tinggi. Hahaha. 

No automatic alt text available.

Ada jugak yang cakap kat aku, aku ni bela saka ke? Semua makanan aku bedal. Makan pulak dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu cepat rasa lapar. Hahaha. Kalau makan nasi kat kedai, aku akan mintak nasi lebih laa. Mana cukup nasi sikit weiiii. Tapi dalam 3 hingga 4 selepas itu, akan rasa lapar balik. Muahahahaha. Orang-orang sekeliling aku pun dah paham sangat dengan perangai aku yang kuat makan. Hihihi. 

Makanan yang cepat buat aku rasa kenyang ialah bila aku makan western food. Perghhh. Memang cepat la kenyang nya. Maklum lah, perut aku ni perut melayu. Bukan perut omputeh. Nak tak nak kena makan nasi jugak. Pizza, spageti bagai tu memang akan buat aku cepat rasa kenyang dan akan mudah rasa lapar balik. Hahahaha. Sebab tu bila aku makan pizza, paling banyak aku boleh sumbat pun sekeping je. Makan pizza tu perut akan rasa kembang dan akan membuatkan perut jadi kenyang. Tak boleh dah nak sumbat makanan lain. 

Kalau korang nak tahu BMI aku tak normal sebab tak cukup berat. Hahaha. Teringin jugak nak naikkan berat sikit tapi kalau rasa gemuk nanti tak boleh makan banyak macam biasa dah. Mesti aku akan fikir nak diet je nanti. Jadi, bersyukur lah dengan berat yang ada sekarang. Betul tak? Bahagia dah dengan berat badan sekarang. Yang penting awet muda ok. Orang tetap anggap aku ni seorang pelajar. Hahahaha. 

Ok lah. Aku pun dah tak tahu nak bebel apa lagi. Kering idea dah. Hahaha. Babai. 



Gambar dari FB Zyraroxx Inc.

11 komen

Makan banyak tapi berat badan tak naik itu rezeki...dambaan kebanyakkan orang...huhuhuhu.

Hahaha dulu Mai pernah lebih berat badan, masa tu jeles je dengan orang makan banyak tapi tak naik berat. tapi dah termakbul dah, kehkehkeh. Sekarang kena hyperthyroid, metabolism tinggi, makan punya banyak mcm bela saka, tapi berat maintain je tak naik.

Untunglah.. mama ni tak makan pun dia xnak turun acane Tu haha

hahaha. sama la kita kak.. busyra nak jgk berisi sikit. hehe. tp org kata tak bersyukur pulak kan. so, alhamdulillah.. sbb kurus.

Wah jelesnya macam ini. Kita plak makan banyak, makin menjadi2 naik berat badan nanti. ;)

same like me.. unni rasa da makan macam bela saka tpi still org akan tnya kenapa makin kurus..hahahahah

sama lah situasi kita,,sobs,kalau ramadhan lagi lah tak sampai seminggu dah turun berat dah even makan bnyk time iftar

alaa jelesnyaaa tgk org kurus nih makan banyak pun relax je. uyul kemahin gemokk. hahaha
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Bertabah la zatie, tak kisah la orang cakap apa janji sihat

Zatie ...jenis metabolisma tinggi ni. Sb tu badan tak naik..hehe..best ni. Transfer kt akk sket

Untung la metabolisma tinggi.. maintain kurus dan awet muda pula tu.. hehehehehee.. :)

...

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon