Ada apa dengan Traveloka di KL2017

9:16:00 PM 10
Sekarang demam sukan Sea KL2017. Semestinya rakyat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk menonton acara besar-besaran ini secara live seterusnya memberikan sokongan untuk atlet Malaysia. Apa yang aku nak ceritakan pada korang adalah sempena Sea Games KL2017 ni, Traveloka merupakan salah satu sponsor dan official Online Travel partner untuk KL2017. Jadi, apa yang menariknya dengan Traveloka di KL2017 ni? Aku akan ceritakan pada korang tentang tawaran menarik dari Traveloka sempena Sea Games KL2017.

Ada apa dengan Traveloka di KL2017

Ada apa dengan Traveloka di KL2017?

Bersempena dengan Sea Games KL2017, Traveloka telah membuka satu booth di Bukit Jalil.  Apa yang menariknya buat korang yang berkungjung ke booth traveloka ni, korang boleh menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di Booth Traveloka dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang berjumlah RM200 000. Lumayan sungguh hadiah yang ditawarkan. Jadi, korang yang berkunjung ke sana jangan lupa untuk singgah ke booth traveloka.

Buat korang yang mungkin tidak berkesempatan untuk ke Bukit Jalil menonton secara live, korang juga boleh menonton acara Sea Games KL2017 ini melalui live streaming di Traveloka Livestream page di travelokakl2017.com.my. Sambil layan livestream tu, korang boleh menyertai peraduan yang disediakan di Livestream page.

Traveloka juga mengadakan promosi besar-besaran sempena KL2017 ini. Pastinya diskaun menarik menanti korang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk promosi hebat dari Traveloka ini, korang boleh check di  www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia untuk melihat senarai tawaran yang disediakan.



Menarikkan tawaran yang ditawarkan oleh Traveloka sempena KL2017 ini? Jangan lupa untuk menikmati tawaran yang disediakan dan berkunjung ke booth Traveloka di Bukit Jalil sempena Sea Games KL2017. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.traveloka.com/en-my/

Shurah Ariana Membantu Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita

9:11:00 AM 6
Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat. Menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Selain itu, ia menyebabkan rasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri. Justeru itu, aku akan memastikan syampu yang aku gunakan adalah syampu terbaik untuk menyelesaikan masalah pada rambut aku. Buat pengetahuan semua, Shurah telah memperkenalkan satu produk syampu iaitu Shurah Ariana untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Shurah Ariana pastinya akan menjadi pilihan setiap wanita yang ingin kembalikan kesegaran pada rambutnya.



Shurah Ariana Membantu Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita


Shurah Ariana berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari. Rangkaian syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.




2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.



4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.


Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
dan follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia  #shurahpencerah

Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/