Shurah Ariana Membantu Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita

9:11:00 AM
Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat. Menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Selain itu, ia menyebabkan rasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri. Justeru itu, aku akan memastikan syampu yang aku gunakan adalah syampu terbaik untuk menyelesaikan masalah pada rambut aku. Buat pengetahuan semua, Shurah telah memperkenalkan satu produk syampu iaitu Shurah Ariana untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Shurah Ariana pastinya akan menjadi pilihan setiap wanita yang ingin kembalikan kesegaran pada rambutnya.



Shurah Ariana Membantu Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita


Shurah Ariana berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari. Rangkaian syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.




2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.



4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.


Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
dan follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia  #shurahpencerah

Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
Dedaun Comel
AUTHOR
August 19, 2017 at 5:35 PM delete

Memang terbaik ni.. Rasa wangi dan segar melekat kat kepala ;)

Reply
avatar
August 21, 2017 at 1:36 AM delete

wahhh bnyknya akakk.. bestnyaaa

Reply
avatar
Uyul Rosli
AUTHOR
September 6, 2017 at 5:57 PM delete

uyul tak boleh pakai shurah, rambut byk kelumumurr. huhu
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon