Pengalaman Jerawat Sampai Malu Keluar Rumah

10:10:00 PM
Wanita sangat mementingkan penjagaan kulit muka.  Siapa yang tak nak cantik kan?  Korang tanya la semua wanita di dunia ni,  semuanya ingin sentiasa kelihatan cantik dan berseri.  Wanita ni sangat fobia bila ada jerawat pada muka.  Bila nampak je jerawat mula mahu berkenalan,  kita akan rasakan seperti terkena renjatan elektrik sebab tak ingin menerima kehadiran jerawat pada muka.  Jadi,  tak hairan lah kalau wanita zaman sekarang sanggup melaburkan duit yang banyak semata-mata ingin menjaga kecantikan dengan membeli set penjagaan kulit muka. Tapi kalau setakat guna set penjagaan kulit muka sahaja tidak mencukupi jika korang tidak menjaga pemakanan yang di ambil seharian.  Seperti wanita lain,  aku pun tak lepas dari mempunyai masalah jerawat ni.  Memang teruk sangat jerawat pada muka aku ni haa. Korang nak tahu tak aku ada pengalaman memiliki muka yang berjerawat sampai malu nak keluar rumah. Meh sini aku nak cerita kat korang.


Pengalaman Jerawat Sampai Malu Keluar Rumah

Pengalaman Diri

Aku menghadapi masalah ni sejak di bangku sekolah lagi.  Macam-macam produk aku guna.  Mungkin pada waktu tu aku keliru nak guna produk yang bersesuaian dengan muka aku. Jadi,  aku terus guna tanpa sebarang rujukan dan nasihat. Biasa la kan jiwa remaja,  semua benda kita nak cuba tanpa mengetahui risiko yang bakal kita hadapi pada masa akan datang.  Aku pun terjebak lah juga dengan penyalahgunaan produk ni. Teruk juga muka aku pada masa tu.  Tambahan lagi aku ni jenis lasak banyak terdedah dengan udara serta jadual pemakanan yang tidak menentu. Kadang-kadang tu waktu tidur pun tidak konsisten.
Sebab muka aku yang teruk ni,  aku pernah juga melalui pengalaman kena pulau sebab muka aku penuh dengan jerawat sampai malu nak keluar rumah. Orang sekeliling lihat aku dengan pandangan yang pelik sebab muka aku penuh dengan jerawat.  Stress juga la waktu. Malu nak jumpa atau bertemu dengan orang.  Hilang keyakinan diri. Namun,  setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.  Korang mesti nak tahu,  macam mana aku cuba untuk menyelesaikan masalah jerawat pada muka aku ni. 

Pengalaman Di Estetika Medispa

Segalanya bermula apabila aku membuat rawatan di Estetika Medispa.  Aku dapat tahu tentang Estetika Medispa ni dari kawan baik aku. Dia cuba bantu dengan membawa aku ke Estetika Medispa.  Aku memberanikan diri untuk mencubanya.  Nak miliki kulit yang cantik haruslah berani mencuba.  Betul tak? Aku telah mendapat khidmat nasihat beauty consultant yang berpengalaman untuk bantu aku menyelesaikan masalah muka aku ni. Aku rasa lega dan yakin selepas mendengar penerangan darinya yang mengatakan muka aku boleh pulih dan kembali licin tanpa jerawat. 

Kalau korang nak tahu,  banyak keistimewaannya jika buat rawatan di Estetika Medispa ni.  Korang boleh buat pemeriksaan wajah secara percuma. Bila dah buat pemeriksaan wajah,  korang boleh tahu tentang masalah pada muka korang tu. Lagi bestnya, Estetika Medispa ada menawarkan promo akhir tahun yang berbaloi untuk setiap pelanggan yang mengunjungi untuk mendapatkan rawatan. Korang berpeluang untuk mendapatkan percuma rawatan. Menarik kan?  Korang jangan risau tentang keberkesanannya kerana sudah banyak sumber pelanggan estetika yang berjaya merawat masalah pada wajah mereka.


Aku juga tidak melepaskan peluanv untuk mencuba rawatan “Diamond Carbon Peel” yang mana kebaikan rawatan ini ialah untuk mengatasi jerawat aktif, parut jerawat dalam, pelbagai jenis jerawat dan sebagainya. Suasana bilik rawatan juga memang best. Masa korang tengah buat rawatan tu,  siap ada pasang muzik instrumental. Beautician yang bertugas pun semuanya mesra.  Jadi,  kita takkan rasa kekok sepanjang menjalani rawatan di sini.


Jika korang punya masalah sama dengan aku, jangan putus asa ok.  Korang boleh cuba dapatkan rawatan di Estetika Medispa. InsyaAllah,  masalah korang dapat diselesaikan.  Setiap masalah pasti ada penyelesaian. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon