Sunday, January 29, 2017

Lirik Lagu Aku Sanggup - Sufi Rashid

Hai korang. Korang kenal Sufi Rashid? Juara AF2015 tu. Aku pun takde lah kenal la sangat kan dengan dia sebab tak tengok Akademi Fantasia 2015 tu. Kalau korang nak tahu, sekarang Sufi sudah ada single terbaru tau. Lagu baru Sufi ni memang best sangat. Pada mulanya aku ingatkan lagu Sufi ni lagu zaman 90an gitu. Rupanya lagu tu adalah lagu yang terbaru. Aku pasti korang dah dengar single terbaru Sufi Rashid yang berjudul Aku Sanggup ni. Lagu ni memang tangkap leleh laaa dan vokal Sufi dalam lagu Aku Sanggup ni pun memang best sangat. Boleh dikatakan aku sentiasa dengar la lagu ni. Hehehe. Jadi, nak kongsi la dengan korang lirik lagu Aku Sanggup ni. Kot kot la korang belum menghayati lagi lirik lagu Aku Sanggup ni. 

Lirik Lagu Aku Sanggup - Sufi Rashid

Lirik Lagu Aku Sanggup - Sufi Rashid


Termenung sendu…
Ratapi luka yang telah terguris..
Mengejar bayang… 
Moga terbukanya pintu hati..

Rindu saat kita.. 
Seperti lalu saling menyanyangi..
Namun kau berubah.. 
Tawar hilangnya kasih..

Apa gunanya berbicara.. 
Jika hati tak sekata..
Andainya masih ada cinta.. 
DENGARKANLAH!


SAYANG.. 
Tak usah kau pergi.. 
JAUH.. Dari diri ini..
Jika kau mahu aku sanggup.. 
Rebah melutut merayu..

JIWA.. Masih mencintai.. 
KITA.. Punya harapan lagi..
Jika kau mahu aku sanggup.. 
Mulakan hidup baru..

OHHHH…OHHHH…

Apa gunanya berbicara.. 
Jika hati tak sekata..
Andainya masih ada cinta.. 
DENGARKANLAH..

SAYANG.. 
Tak usah kau pergi.. 
JAUH.. Dari diri ini..
Jika kau mahu aku sanggup.. 
Rebah melutut merayu..

JIWA.. Masih mencintai.. 
KITA.. Punya harapan lagi..
Jika kau mahu aku sanggup.. 
Mulakan Hidup baru..

SAYANG

Aku sanggup..


Amacam lagu baru Sufi Rashid ni? Best kan. Best la weiii. Kisah kekasih yang ditinggalkan. Macam aku. Ehhh. Hahaha.. Kalau korang belum dengar lagi lagu ni, meh dengar ya. Aku bagi video siap siap untuk korang tengok nya haaa. Ok lah korang. Babai..






Wednesday, January 25, 2017

Merawat Luka Dengan Spray8 Dari Furley Bioextract

Pernah tak korang dengar tentang spray yang boleh merawat luka? Haaa, mesti tak pernah dengar kan. Aku pun baru tahu juga pasal benda ni. Kiranya ini adalah penemuan yang baru untuk aku la kan.. Buat pengetahuan korang, Furly Bioextract telah mengeluarkan satu produk khusus untuk merawat luka luaran. Produk yang aku maksudkan ialah Spray8 yang mana produk ini diekstrak dari kulit manggis dan selamat digunakan untuk merawat luka seperti melecur, parut pembedahan, parut lama dan lain-lain lagi. Kandungan Spray8 juga bebas alkohol dan telah mendapat kelulusan dari KKM. 



Merawat Luka Dengan Spray8 Dari Furley Bioextract

SPRAY8 merupakan produk penjagaan luka tradisional yang mengandungi ekstrak herba yang mampu merawat luka dan parut seperti luka kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, luka pembedahan, mengurangkan bengkak dengan pantas serta mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru. 

Menurut laporan kajian saintifik, komponen asas SPRAY8  mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Produk ini mampu melegakan rasa gatal, dan mengeringkan luka.


Merawat Luka Dengan Spray8 Dari Furley Bioextract




Kelebihan Menggunakan Spray8


→ Membunuh bakteria berbahaya
→ Mengeringkan luka tanpa keretakan kulit
→ Mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
→ Mengalakkan pembinaan kapilari baru
→ Pantas mengurangkan inflamasi dan kegatalan(anti histamin)
→ Menghalang pembentukan lepuh (air panas)


Cara Menggunakan Spray8


1) Mula-mula sekali bersihkan luka dengan kapas bersih. 

2) Selepas itu, spray sahaja Spray 8 ini pada kawasan luka korang tu. Pastikan kena pada semua permukaan luka tau. 

3) Biarkan ianyan kering dan jangan korang lap pulak yer. Tutup luka jika perlu.


Kalau korang nak tahu, aku sendiri pun dah cuba guna Spray8 ni. Waktu tu jari aku terkena minyak panas. Dan nak dijadikan cerita juga, aku tak letak pape ubat pun hokey.. Aku biarkan sahaja sehingga lah jari aku menggelembung. Aku pun memang gatal tangan jugak laaa sebab tekan tempat gelembung tu sampai pecah. Nasib baik masa tu ada Spray8 ni. Aku pun cuba la spray kat tempat luka tu dalam beberapa hari dan Alhamdulillah jari aku semakin hari semakin pulih dan tumbuh kulit baru. 



Cara untuk dapatkan Spray8

Korang boleh dapatkan Spray8 ini melalui laman web Furly Bioextract. Korang boleh SINI ok. Harga Spray8 ni pula adalah RM50 untuk 100ml dan RM35 untuk 35ml. Tetapi khusus untuk korang pembaca blog aku, ada diskaun untuk korang tetapi korang haruslah menggunakan kod FBIO-C1Q ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai Furley Bioextract, boleh layari laman berikut:

Website: https://store.furleybio.com/
Facebook: https://www.facebook.com/furleybio










Tuesday, January 24, 2017

Bengang Gila!

Hai korang. Aku dah lama tak bebel kat sini. Kali ni aku rasa nak buat curahan rasa sikit. Ada rasa sakit hati, bengang, marah geram dan macam-macam lagi lah. Ada tak antara korang ni join mana-mana dropship jual barang? Aku yakin dan   pasti korang ada join dropship kan? Aku pun sama la jugak. Join dropship jugak. Bukan jual satu barang tapi macam-macam barang cuma yang aku aktif buat jualan hanyalah satu barang sahaja. Yang lain suam-suam kuku sahaja. Hikhikhik. Apa yang buat aku sakit hati ialah bila barang lambat sampai tapi yang kena adalah seller. Ya Allah. Sakitnya hati aku. Geram wehhh. Bajet seller ni pos laju kot.. Grrrr..


Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku kena marah dengan customer. Bukan setakat customer sendiri, dia siap suruh orang lain gertak aku. Bajet nak suruh aku takut la kekononnya. Padahal bukan salah aku pun. Orang tu siap cakap nak buat report IG shop aku kat polis. Memang gila la dia tu kan. Rasa cam sakit hati jugak laa masa tu. Lagipun aku dah bagi tracking number kat dia cuma masalahnya masa tu tracking tak dapat di kesan. Sistem tak update. Aku dah bagitahu dia dan sudah terangakan pada dia. Tapi yelah kan. Bajet dia tu tahu sangat bab sistem pos laju ni. Kononnya kalau barang dah pos mesti pos laju akan update dalam sistem.

Oleh kerana dia nak report ig shop aku kat polis, aku pun cakap la kat dia lebih baik berhubung dengan ejen aku. Dah dia tak percaya sangat kan. Aku pun bagi je la nombor whatsapp ejen aku tu kat dia. Mungkin ejen aku dah jelaskan pada dia tapi yelah kan. Dasar orang tak reti bahasa. Benda tu dari sistem kot. Kalau sistem down, pos laju tak boleh nak update jugak. Alahai. 

Aku pun ada juga pesanan buat sesiapa yang jadi ejen ataupun stokis besar ni. Tolong lah yer update tracking number kat dropship korang tu. Kesian tau kat dropship ni. Dah la bersusah payah cari pelanggan dan bila dah dapat pelanggan pihak ejen pulak lambat bagi tracking number. Yang kena menjawab dengan pelanggan adalah di dropship ni tau. Haihh. 

Tapi sebenarnya ini adalah pengalaman juga buat aku. Saja je la kan nak bebel curahan rasa kat sini. Jangan anggap aku meroyan pulak. Aku tahu orang lain lagi dasyat pengalamannya jika nak dibandingkan dengan aku ni yang masih baru setahun jagung kan. Sabar je la. Hehehe. Ok lah korang. Letih dah nak menaip ni. Babai. 


Monday, January 16, 2017

Dapatkan Kembali Duit Anda Apabila Membeli-Belah Di Shopback

Aku pasti ramai yang suka membeli-belah secara online. Shopping online ni mudah sebenarnya. Cari dan pilih je barang yang kita suka tu. Dah jumpa yang berkenan di hati terus bayar. Lepas tu tunggu je parcel sampai depan tangga. Tak payah dah susah-susah nak keluar pergi bandar cari barang yang kita nak tu. Segalanya di hujung jari sahaja. Paling penting membeli-belah secara online jimat hokeyy. Bila sebut pasal jimat ni kan, korang mesti suka apabila selesai sahaja membuat pembayaran tetapi korang boleh dapatkan kembali duit korang tu. Haaa.. Macam mana tu yer? Korang boleh dapatkan kembali duit korang apabila membeli-belah di Shopback. Menarik bukan? Aku akan terangkan pada korang macam mana untuk dapatkan kembali duit korang tu apabila membuat pembelian di Shopback. 

Dapatkan Kembali Duit Anda Apabila Membeli-Belah Di Shopback


Dapatkan Kembali Duit Anda Apabila Membeli-Belah Di Shopback


Mesti korang tak percaya kan apabila membeli-belah di Shopback, korang akan dapat kembali duit korang tu. Melalui Shopback ini, ia akan memberikan pulangan tunai sehingga 30% kepada pelanggan apabila anda membeli-belah di 1000 stor online. Jadi, Shopback telah menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntung kedua belah pihak. Menariknya lagi apabila membeli-belah di Shopback ni, penjual online yang membuat keuntungan dari pembeli akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian, ShopBack akan berkongsi komisyen ini dengan pembeli, yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai. Best kan kalau dapat balik pulangan tunai yang sudah kita gunakan itu? 



Terdapat pelbagai perkhidmatan secara online yang terdapat di Shopback seperti Hotels.com, AirAsia, eBay, HipVan dan banyak lagi rangkaian online shopping serta perkhidmatan yang bekerjasama dengan Shopback ini. Nak tahu macam mana cara nak membeli-belah di Shopback? Aku akan tunjuk cara-cara untuk membeli-belah di Shopback ini. 


Cara-cara Membeli-Belah di Shopback


Mula-mula sekali korang kena Sign Up Shopback terlebih dulu dan selepas itu korang boleh membeli-belah dari pelbagai kategori seperti Fashion, Travel, Food & Beverage, Electronics, Lifestyle dan macam-macam lagi. Terdapat lebih dari 500 kedai online di Shopback ini. Korang boleh pilih mana-mana sahaja yang korang suka. 



Korang pilih mana-mana perkhidmatan online yang ingin digunakan. Sebagai contohnya, untuk membeli tiket flight aku memilih AirAsia dan hanya klik sahaja di kotak kecil AirAsia. Selepas itu ia akan keluar kotak kecik dan korang klik "Shop Now". Seterusnya, ia akan dibawa ke laman web AirAsiaGo.




Bila sudah ke halaman tersebut, boleh la nak booking tiket flight mengikut tarikh yang kita nak. Senang kan? 



Setelah membuat pembayaran di laman web tadi, rebat tunai anda secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda dalam masa beberapa hari. Setelah ditebus, duit anda tadi boleh "cashed out" melalui pemindahan ke akaun bank tempatan anda.

Untuk lebih detail lagi mengenai cara menggunakan Shopback ini, korang boleh tengok video di bawah.




Menarikkan membeli-belah melalui Shopback ni. Boleh dapat balik duit kita tu. Korang yang berminat untuk menggunakan Shopback ni boleh daftar akaun anda di SINI.


Wednesday, January 11, 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Hai korang. Dari tak tahu nak buat entry pape aku nak join giveaway dari blog Lyssa Faizureen. Hihihi. Jom korang memeriahkan lagi Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my



Syarat giveaway ini ialah perlu memilih 5 barangan yang paling aku ingin dapatkan di nile.com.my sempena Chinese New Year Megasales Items. Nak tahu apakah barangan idaman aku? Jom tengok.


1)

Product: Traveler BackpackCNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 17/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 190 units only


2)


Product: Storage BoxCNY2017 Sales price: RM9.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only


3)


Product: CardiganCNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only


4)


Product: Haniya BlouseCNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only



5)


Product: High-Heel SandalCNY2017 Sales price: RM9.90
Date: 13/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only



Haa.. Aku dah pilih barang pilihan aku.. Korang pun meh la pilih jugak.. Meh join giveaway kat blog Lyssa Faizureen ni.. Kalau nak join boleh klik SINI yer. Tarikh tutup 26 Januari 2017 jam 11:59pm.






Friday, January 6, 2017

Sertai Contest #GooseySelfie Oleh MyTown Shopping Centre

Hai semua. Aku ada berita gembira buat korang yang suka shopping. Buat pengetahuan korang, sebuah shopping mall yang bakal di buka di sekitar Kuala Lumpur iaitu MyTown Shopping Centre. Haaa, yang menariknya lagi sempena pembukaan MyTown Shopping Centre mereka menganjurkan contest #GooseySelfie dan menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Aku pasti bila korang dapat tahu je hadiah yang bakal dimenangi, mesti korang nak turut serta dalam contest ni. Agak-agak korang kat mana lah yer MyTown Shopping Centre ni dan macam mana nak sertai contest #GooseySelfie ni? 

Sertai Contest #GooseySelfie Oleh MyTown Shopping Centre


MyTOWN Shopping Centre


Mesti korang tak sabar kan nak terjah MyTown Shopping Centre ni? MyTown Shopping Centre akan mula beroperasi pada awal tahun 2017 yang mana ianya terletak bersambung dengan IKEA Cheras. Jadi, korang yang sememangnya kaki shopping ni memang kena terjah la MyTown Shopping Centre ni sebab terdapat pelbagai kedai yang akan dibuka di sini. 


Sertai Contest #GooseySelfie Oleh MyTown Shopping Centre


Haaa.. Aku pasti yang ini akan lebih menarik perhatian korang semua. Buat pengetahuan korang, MyTown Shopping Centre telah menganjurkan satu pertandingan #GooseySelfie untuk korang yang kaki selfie ni.  Hadiah dia sangat lah lumayan hokeyy. Korang berpeluang memenangi wang tunai lebih dari RM10 000. Perghhhh. Memang masyuk laa oiii sape yang menang ni. Setiap minggu 10 peserta akan dipilih sebagai pemenang. Ada peluang la kan korang nak menang kalau join contest #GooseySelfie ni. Tapi macam mana nak join yer? Untuk korang semua, aku beritahu cara-cara untuk menyertainya. Honk Honk..




Cara menyertai Contest #GooseySelfie:

  1. Sila ke laman web https://www.gooseyselfie.com.my/
  2. Klik “Join Now”
  3. Baca arahan yang diberikan dan klik “Start”
  4. Login masuk dengan menggunakan akaun Facebook anda
  5. Jawab satu soalan dan klik "Confirm". Kemudian upload gambar selfie yang sedia ada atau dengan menggunakan kamera webcam
  6. Tambah elemen "goose" pada gambar selfie korang
  7. Bila dah siap klik “Submit”
  8. Akhir sekali “Share on Facebook” dan gunakan #GooseySelfie

Sertai Contest #GooseySelfie Oleh MyTown Shopping Centre


Tengok tu. Aku pun dah join tau. Siap hantar dua penyertaan lagi dan siap ada Goose Squad Name lagi tau. Goose Squad Name aku ialah "Lucy Goosey" dan satu lagi ialah "Mother Goose". Nanti bila korang dah join contest #GooseySelfie ni, korang juga akan ada Goose Squad Name sendiri tau.

Jom join contest #GooseySelfie sekarang. Manalah tahu rezeki korang nak menang hadiah. Layari laman web https://www.gooseyselfie.com.my/ untuk menyertainya. 


Wednesday, January 4, 2017

Lirik Lagu Menanti Janji (OST Biar Aku Jadi Penunggu) - Ronnie Hussien

Hai korang. Korang tengok drama terbaru TV3 di slot akasia? Alaaa, drama baru yang menggantikan 7 Hari Mencintaiku tu. Tengok tak? Drama terbaru sekarang ni ialah Biar Aku Jadi Penunggu yang merupakan adaptasi dari novel juga. Drama ini telah dilakonkan oleh Janna Nick dan Asyraf Muslim sebagai pelakon utama. Aku tengok jugak la cerita ni. Macam sedih sikit jalan cerita Biar Aku Jadi Penunggu ni. Drama yang penuh dengan emosi gituuu. Wahhh. Kemain aku ni. Hahaha. Tapi aku bukan nak cerita pasal drama ni kat korang. Yang aku nak cerita ialah OST Biar Aku Jadi Penunggu ni haaa. Lagu dia pun sedih oiii.. Lagu Menanti Janji ini telah dinyanyikan oleh Ronnie Hussien merupakan OST Biar Aku Jadi Penunggu. Jadi, aku nak kongsikan dengan korang lirik lagu Menanti Janji ni. Sila lah hayati lirik ini yer. 


OST Biar Aku Jadi Penunggu

Lirik Lagu Menanti Janji (OST Biar Aku Jadi Penunggu) - Ronnie Hussien


Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang
Kepadaku walau sekadar mimpi

Ku coba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh 
Jauh.. Terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu

Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu


Best kan lagu ni. Sedih lirik dia. Macam kena pulak dengan jiwa aku yang menanti janji ni. Ehh. Hehehe. Tetapi memang lagu ni best sangat. Mendayu  dayu. Terbuai jiwa aku dengar lagu ni. Korang yang nak layan lagu ni, boleh la tengok video lagu Menanti Janji kat bawah yer.. Babai..






Sunday, January 1, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum dan hai semua. Selamat tahun baru 2017. Alhamdulillah kita sudah pun melangkah masuk ke tahun baru 2017. Macam mana hari baru korang? Ok ke? Kalau aku pulak tak tahu nak cakap ok ke tak sebab Kelantan hujan lebat sekarang ni. Beberapa kawasan  rendah sudah pun banjir. Harapnya tidak berlaku banjir besar seperti tahun 2014 yang lepas. Huhuhu.. Seperti yang aku janjikan, aku nak ceritakan berkenaan impian aku untuk tahun 2017 ni. Harapnya dapat lah aku mencapainya. Hihihi.


Selamat Tahun Baru 2017



Impian yang paling aku ingin capai adalah tukar henpon baru. Hahahaha.. Macam pelik ke impian aku hehh? Tak pelik kot rasanya. Hahaha.. Aku dah setia guna Oppo R1L selama 2 tahun. Masuk tahun 2017 ni maknanya 3 tahun lah aku guna henpon tu. Hahaha. Sebenarnya henpon aku tu elok lagi je tapi saja la teringin nak pakai henpon satu. Untuk buat bisnes. Hehe. Senang la aku nak uruskan IG aku yang banyak akaun tu. Hahahaha. Korang nak tahu henpon apa yang aku nak pakai? Ofkos la Iphone 7. Punya tinggi gila angan-angan aku.  Tapi tu hanyalah angan-angan je laaa. Tak mampu nak beli Iphone 7 weiii. Henpon harga seribu pun belum tentu aku mampu beli walaupun sebenarnya henpon harga seribu tu laa yang masuk dalam list aku. Hihihi.. 

Untuk tahun 2017 ni jugak aku harap bisnes yang aku buat makin maju. Korang nak tahu aku buat bisnes apa? Korang boleh tengok IG penawarsakitpinggang dan IG contactlenscantik. Nanti aku akan bukak satu lagi kedai online.. Kalau nak tahu kena la tunggu yer. Hehehee.. Maklumlah, aku ni hanya buat bisnes kecil-kecilan melalui dropship sahaja. Korang doakan lah aku supaya satu hari nanti aku boleh buat produk aku sendiri. Tapi kan aku paling teringin nak buat bisnes kek. Hehehe. Sebab aku suka makan kek. Sambil buat kek untuk makan kat diri sendiri boleh la buat untuk cari rezeki sikit. Boleh tak gitu? Hehehe.. 

Selain itu juga, aku ingin mantapkan lagi blog aku. Nak la jugak buat income yang banyak hasil dari blog sendiri kan. Mana la tahu hasil dari blog ni boleh kumpul untuk kahwin nanti. Ekkk. Tapi nak kahwin dengan sape yer? Hahaha. Yang ni termasuk jugak dalam impian aku untuk tahun. Hahahahaha. Impian untuk bertemu putera idaman. Haaaa gituuu. Jangan korang rasa nak muntah pulak. Umur dah masuk 26 tahun kan walaupun belum lagi sebenarnya. Hahaha. Perasaan nak tu ada lah kan. Hihihi..

Kalau nak ikutkan banyak lagi impian aku tapi biarlah rahsia. Hehehe. Hanya Tuhan yang tahu selebihnya. Walau apa pun impian kita, kita juga harus tanamkan impian dalam diri untuk jadi lebih baik dari sebelum ni. Dan sedaya upaya untuk mengubah nasib kita serta keluarga. Semoga impian dan hajat korang untuk tahun ni tercapai hendaknya. Kalau tak tercapai lagi, jangan sedih yer. Allah itu punya perancangan yang lebih hebat untuk kita. Ok lah korang. Jumpa lagi. Babai.. Selamat Tahun Baru 2017..