3 Tahun Lagi Nak Masuk 30

11:56:00 PM
Hai korang. Selamat berhujung minggu. 4 Februari datang lagi. Hahaha. Makanya hari ni bertambah lah lagi umur aku. Masuk tahun ni dah 27 tahun uolsss. Walaupun umur sudah meningkat tapi jiwa aku tetap muda remaja lagi. Hahahaha. Sungguh cepat masa berlalu. Lagi 3 tahun aku nak masuk 30 tahun. Ohh noo. Macam tak percaya je. Masih terlalu banyak impian yang belum aku capai. Tapi walau macam mana pun, aku bersyukur masih diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah. Umur tu hanyalah sekadar angka sahaja. Hihi.



Banyak yang berlaku sepanjang 27 tahun ni. Ada duka ada gembira. Tapi aku rasakan banyak hal gembira kot. Alhamdulillah, antara cita-cita aku sudah tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Kenapa aku cakap tak sepenuhnya? Sebabnya masih ada yang belum dapat capainya. Nak tahu apa dia? Tunggu la. Dah dapat nanti aku cerita la kat korang. Hahaha.

Ada ketikanya aku tak gembira, ada ketikanya aku gembira tapi aku cuba kawal semua perasaan aku. Aku cuba untuk sembunyikan rasa gundah di hati aku agar aku sentiasa nampak kuat bila berhadapan dengan orang. Mungkin dulu orang yang rapat dengan aku mengenali aku sebagai seorang gadis yang selalu sedih. Tapi sekarang, aku cuba untuk jadi seorang wanita yang cekal yang happy go lucky. Ingat senang ke? Aku rasa aku tak perlu untuk menangisi apa yang bukan milik aku lagi. Mungkin Allah sudah janjikan sesuatu yang aku sendiri tidak menyangka akan jadi milik aku.

Ok lah. Aku tak nak bebel lagi. Hahaha. Sebenarnya aku berterima kasih pada kawan-kawan yang buat surprise birthday untuk aku semalam. Seriously aku tak sangka langsung. First time dapat kejutan macam tu. Terharu sangat dengan korang.






Terima kasih korang semua. 

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
Jari Manis
AUTHOR
February 5, 2018 at 7:49 AM delete

happy belated birhday Zati..wowww..muda lagi arrr..semoga sentiasa sihat dan murah rezeki aminnn

Reply
avatar
Mrs Pip
AUTHOR
February 5, 2018 at 1:29 PM delete

Happy birthday ... Semoga selalu happy ...

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
February 7, 2018 at 8:28 AM delete

sanah helwah ye.. muda lagi tu. enjoy your life

Reply
avatar
Mieza S
AUTHOR
February 7, 2018 at 12:01 PM delete

selamat panjang umur kak Izzati ^_^

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon