Assalamualaikum. Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam. Bila tiba bulan Ramadhan, kita mesti memikirkan juadah apa yang menarik untuk dijadikan juadah berbuka. Aku nak cadangkan pada korang satu tempat yang boleh korang jadikan sebagai tempat untuk berbuka puasa nanti. Tempat yang aku maksudkan ialah Laman Kayangan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Seperti tahun-tahun sebelumnya Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan. Dan aku telah berkesempatan untuk menghadiei majlis tersebut.
Majlis prebiu buffet Ramadan yang diadakan pada 6 April 2018
(19 Rejab 1439H) bertempat di Laman
Kayangan, Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat
yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini. Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet
Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini. Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek
merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal
menjadi tarikan utama pengunjung
yang datang berbuka puasaa di Laman Kayangan nanti.
Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah
Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran
instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul. Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400
orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan
segar.
Harga Bufet
Ramadan 2018
Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas
Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas
Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector
Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa
Jadi, korang yang sudah ada perancangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan atau rakan-rakan pejabat, boleh la berkunjung ke Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam. Pastinya hidangan yang disediakan mampu membuatkan korang kenyang sehingga susah nak bangun. Tapi jangan lupa solat terawikh pulak ye. Hehehe.
Jadi, korang yang sudah ada perancangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan atau rakan-rakan pejabat, boleh la berkunjung ke Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam. Pastinya hidangan yang disediakan mampu membuatkan korang kenyang sehingga susah nak bangun. Tapi jangan lupa solat terawikh pulak ye. Hehehe.
Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi
Pn Hasmal
019 2503090 / 012 2533973
En Azahari
019 2331351
2 komen
nampak best tempat tu..will try inshaallah.
ReplyDeletewww.ummicenter.com
Ya Allah sedapnye...bole la try kat sini..tq sudi share :)
ReplyDeleteHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)