Selendang Rajutan Terbaik Dari Ilham Qaseh

7:39:00 PM
Selendang Rajutan Terbaik Dari Ilham Qaseh | Hai korang. Pada minggu lepas, aku berpeluang menghadiri satu majlis yang cukup havoc, cukup gemilang dan cukup meriah iaitu Extravaganza Gala Night By Ilham Qaseh. Majlis ini telah di adakan di Shah Alam Convention Centre yang bertemakan Black Tie dan Glam. Hadirin yang hadir pada malam itu mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema. Tampil cantik, glamour dan elegant. Aku yang menjadi tetamu pada malam itu terpegun melihat dress up yang dikenakan oleh setiap tetamu yang hadir pada malam tu. Mesti korang tertanya-tanya, apakah itu Ilham Qaseh? Mungkin ada yang sudah mengenali Ilham Qaseh ini dan mungkin ada yang masih belum mengenalinya.

Puan Rosnizan Md Nawi memberikan ucapan alu-aluan



Ilham Qaseh mula diperkenalkan pada tahun 2011 oleh Puan Rosnizan Md Nawi atau Che Zan atau lebih mesra di panggil 'mem'. Bagi yang belum mengenali Ilham Qaseh , ia  merupakan satu jenama yang mengeluarkan selendang jenis rajutan yang mudah dipakai dan di bentuk. Ilham Qaseh telah mengeluarkan beberapa jenis shawl seperti Qaseh Instant Shawl, Qaseh Wide Shawl, Qaseh Easy Shawl dan Qaseh Twist Shawl. Ilham Qaseh juga mengeluarkan aksesori iaitu Swarovski Brooch yang mana ianya bersesuaian dikenakan bersama selendang Ilham Qaseh.

Kebanyakan tetamu yang hadir pada majlis Gala Night Extravaganza sungguh anggun bergaya mengenakan selendang keluaran Ilham Qaseh termasuk lah founder Ilham Qaseh sendiri.

Founder Ilham Qaseh. Puan Rosnizan Md Nawi





Kenapa Mesti Memilih Selendang Ilham Qaseh


- Selendang Ilham Qaseh mudah dipakai. Tak perlu bersiap lama pun nak pakai selendang ni

- Ianya juga labuh dan bila pakai boleh menutupi dada.

- Tak perlu pakai anak tudung kerana ia mudah dibentuk apabila di pakai

- Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak.

-  Selesa dipakai kerana material kain yang lembut dan tidak panas

- Tak mudah renyuk. Kalau yang jenis nak cepat tu, tak payah gosok pun takpe. Terus pakai dan lilit je selendang ni kat kepala.







Swarovski Brooch

Facebook : Ilham Qaseh
Instagram : @ilhamqasehofficial




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
kak gojes
AUTHOR
May 4, 2018 at 10:34 AM delete

wah..cantiklah selendang ni..nak beli satu la

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon