Permata Hati Wilayah Membantu Meringankan Beban Golongan Ibu

2:16:00 PM 26
Hai korang.  Sebagai wanita,  pastinya mempunyai impian untuk mengandung dan melahirkan zuriat sendiri.  Zuriat itu adalah anugerah Allah yang sangat bernilai harganya kepada pasangan suami isteri sebagai penyambung generasi seterusnya. Ada pasangan yang baru kahwin,  terus dikurniakan anak.  Ada juga pasangan yang bertahun kahwin tapi masih belum ada rezeki dikurniakan anak. Nak melahirkan anak pun banyak cabarannya. Jangan korang fikir nak beranak ni senang je. Bila ada anak ni macam-macam yang kita kena fikir terutama sekali untuk menyediakan kelengkapan anak itu nanti. Bagi golongan ibu yang baru pertama kali bergelar ibu, pastinya akan terbit rasa gentar dan cemas. Fikir macam mana nak bersalin nanti, nak beli kelengkapan anak yang lahir dan macam-macam lagi lah. Walaupun aku ni belum kahwin, tapi aku banyak dengar cerita dari kawan-kawan ye. Kiranya belajar dari pengalaman orang lain la juga.



Permata Hati Wilayah Membantu Meringankan Beban Golongan Ibu


Menjadi ibu bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi bagi mereka yang baru pertama kali nak bergelar ibu. Program Permata Hati Wilayah merupakan iniasiatif Wilayah Persekutuan dengan kerjasama puteri UMNO bertujuan untuk menyantuni dan membantu golongan ibu muda dalam proses menyambut cahaya mata. Melalui program ini, sumbangan akan dihulurkan bagi mengurangkan bebanan ibu yang baru menerima cahaya mata selain memberikan sokongan moral kepada mereka yang baru bergelar ibu.



Beberapa hospital terpilih di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan wilayah akan dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan berupa barangan bayi serta sekaligus mendekatkan diri pada masyarakat khususnya golongan ibu muda. Dengan wujudnya program sebegini, ia dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat setempat sekaligus memberi keceriaan pada golongan ibu yang baru lepas bersalin. 



Bagi aku program sebegini harus diteruskan untuk membantu pasangan yang bakal menerima cahaya mata bagi mengurangkan beban mereka. Kalau aku diberi peluang, aku pun teringin jugak nak bersalin kat Kuala Lumpur. Mungkin aku juga boleh jadi salah satu calon untuk menerima sumbangan ini. Eh.