Tips Menghilangkan Sakit Lutut Dengan Mudah dan Berkesan

7:30:00 AM
Assalamualaikum dan hai semua. Aku nak memulakan entry aku ni dengan pertanyaan. Pernah tak anda semua mengalami masalah sakit lutut? Mesti lah ada kan. Jangan ingat orang tua je ada masalah sakit lutut ni. Orang muda macam kita pun ada juga yang mengalami masalah sakit lutut. Aku sendiri pun kadang-kadang ada juga masalah sakit lutut.



Bila kita dah jalan jauh lebih-lebih kalau pusing satu shopping mall yang besar, lutut kita mesti akan rasa lenguh dan sakit kan. Orang perempuan kalau masuk pusat membeli-belah memang akan lupa diri dah. Bila dah penat pusing satu pusat beli-belah, baru lah dia akan lenguh badan, sakit lutut dan sebagainya. Aku tak cakap kat orang lain jugak sebab aku pun kadang-kadang macam tu juga.

Kalau asyik jatuh pun boleh buat lutut kita sakit juga. Bila lutut sakit ia akan buat kita susah nak berjalan. Nak jalan jauh pun dah tak larat. Cepat penat. Paling ketara rasa sakit apabila nak naik tangga. Fuhh, rasa sakit tu memang ngilu sangat. Ada yang sampai kena buat sesi fisioterapi untuk mengurangkan rasa sakit lutut.

Jadi, apa tips berkesan yang boleh membantu untuk menghilangkan sakit lutut ni? Benda ni la yang aku nak kongsikan dengan korang tentang tips menghilangkan sakit lutut dengan mudah dan berkesan.

Tips Menghilangkan Sakit Lutut Dengan Mudah dan Berkesan


Sebelum aku kongsikan tips menghilangkan sakit lutut, ada beberapa yang perlu kita ambil tahu tentang masalah sakit lutut ini. Buat pengetahuan semua, sakit lutut ada banyak jenis antaranya orang panggil gout, masalah urat lutut, arthritis, osteoarthritis, sendi haus, lutut kurang minyak dan macam-macam lagi yang boleh dikaitkan dengan masalah sakit lutut ni.

Ada setengah orang sakit lutut boleh terjadi dengan cepat contohnya, semalam lutut dia ok tapi hari ini tiba-tiba rasa sakit lutut. Ada juga yang terus parah rasa sakit lutut nya. Kebiasaannya sakit lutut sebegini terjadi pada golongan tua. Berbeza dengan golongan yang berumur, mereka akan merasakan sakit itu terjadi secara perlahan-lahan. Semakin meningkat usia seseorang itu, kekerapan rasa sakit lutut akan semakin tinggi kerana sel-sel pada sendi lutut mengalami proses degeneratif iaitu badan tidak dapat perbaharui sel lutut yang semakin rosak.

Apakah cara yang paling berkesan untuk menghilangkan sakit lutut ini? Cara aku sangat mudah. Bila aku rasa sakit pada bahagian lutut, aku akan gunakan Biobax Cool Theraphy. Kenapa aku cakap mudah? Kita hanya perlu spray pada bahagian yang rasa sakit dan urut perlahan-lahan. Gunakan secara konsisten sebanyak 3 kali, InsyaAllah masalah sakit lutut yang dihadapi akan berkurangan. 



Biobax ni memang best bila kita pakai sebab ianya tidak melekit dan baunya memang wangi. Kalau korang spray kat tangan, ia akan cepat meresap masuk ke kulit kita. Yang penting kandungannya 100 peratus dari bahan organik. Jadi, tak perlu risau akan kesan sampingan yang dihadapi bila kita menggunakannya.q



Haa. Kalau orang perempuan yang jenis kaki shopping tu, boleh letakkan Biobax Cool Theraphy ni dalam beg tangan korang. Bila rasa sakit je, korang boleh la spray kat tempat yang rasa sakit. Senang kan?


Macam mana nak beli Biobax ni? Caranya sangat mudah. Korang hanya perlu lawati website utama: https://biobax.my/product/biobax/

Menariknya sekarang ada offer diskaun RM20 untuk pembelian 2 botol. Boleh 
masukkan kod kupon “RM20” di ruangan yang disediakan selepas korangmemilih untuk beli 2 unit Biobax.


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
August 13, 2018 at 2:19 PM delete

Tq izzati..best sharing nie..kalau ada yg ada msalah lutut boleh try guna biobax nie. 👍👍

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon