Bercuti Ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code

9:10:00 AM
Hai semua. Korang pernah rasa stress tak? Tipu lah kan kalau tak pernah rasa stress. Stress ni boleh buat kita jadi mental juga ya kalau kita tak cuba tangani nya dengan betul. Macam mana nak hilangkan stress? Ada sesetengah orang, dia suka pergi shopping, main game, lepak dengan kawan-kawan ataupun pergi bercuti. Bila bercerita tentang bercuti ni, aku yakin pasti korang suka pergi bercuti kan? Bercuti ni boleh jadikan sebagai rawatan untuk menghilangkan rasa stress tau.

Rasanya bulan september ni banyak cuti umum. Jadi, korang boleh la merancang cuti korang kali ni bersama Traveloka. Apa yang menariknya Traveloka kali ni ya? Menariknya kali ni, Traveloka menawarkan tawaran yang menarik untuk korang yang teringin nak bercuti Singapore.  Kenapa aku sebut SEEngapore? Sebab Traveloka kali ni ada buat promosi SEEngapore - For a roaring good time. Wahhhh.  Korang boleh rancang percutian korang bersama Traveloka sebab Traveloka ada menwarkan SEEngapore Traveloka Promo Code. Korang boleh dapatkan percutian yang jimat melalui Traveloka.



Bercuti Ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code


Seperti yang kita semua tahu, Singapore merupakan antara destinasi yang paling menarik untuk kita masukkan dalam senarai tempat yang kita harus pergi. Banyak tempat menarik di Singapore ni antaranya Universal Versal Studio, Bayfront Ave, Marina Bay dan banyak lagi lah destinasi yang boleh kita terjah di Singapore. Pendek kata memang lenguh juga la kaki kalau nak pusing satu kota singa ni. Korang boleh la merancang untuk bercuti bersama keluarga, honeymoon bersama suami ke atau bercuti dengan kawan-kawan korang. Macam mana nak pergi SEEngapore ni? Harus lah melalui Traveloka. Traveloka pastinya boleh membantu korang dalam hal yang berkaitan travel ni. 

Kenapa aku cakap Traveloka adalah pilihan sesuai untuk korang? Sebab Traveloka merupakan  “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan untuk perjalanan dan percutian korang ke Singapore. Melalui Traveloka, korang boleh rancang perjalanan pergi dan balik korang. Korang dah boleh booking siap tiket penerbangan serta bilik untuk korang menginap sepanjang berada di Singapore. Jadi, korang tak perlu nak kusutkan kepala untuk bukak banyak web nak cari tiket penerbangan dan hotel untuk menginap. Traveloka dah sediakan semuanya untuk korang. Korang hanya perlu pilih sahaja.

Menariknya percutian ke SEEngapore ni, korang boleh nikmati diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. 

Setelah penat berjalan, pastinya kita perlukan tempat untuk kita beristirehat. Betul tak? Traveloka juga ada memberikan tawaran diskaun penginapan dengan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore. Korang tak perlu kupon untuk menempah hotel ni. Korang boleh pilih mana-mana hotel yang terpilih untuk menikmati tawaran diskaun ni. Mudah kan? 

Cara Membuat Tempahan

Ok. Macam mana nak tempahan melalui Traveloka ni? Aku akan tunjukkan cara yang paling mudah untuk korang guna. Yelah kan. Bila nak pergi bercuti ni, kalau boleh semua benda nak buat dengan senang dan cepat. Betul tak?



1- Pertama sekali, korang boleh muat turun aplikasi Traveloka versi melalui telefon bimbit di Play Store untuk pengguna android dan App Store bagi pengguna iphone. 

2- Korang boleh cari dan tempah tiket penerbangan di laman web atau Traveloka app

3- Seterusnya pilih kaedah pembayaran. Korang boleh buat bayaran melalui internet banking atau menggunakan kad debit dan kad kredit. Korang boleh pilih mengikut kesenangan korang.

4- Setelah memilih untuk cara pembayaran, klik guna untuk bahagian kupon

5- Masukkan kod kupon "GOSG" untuk menikmati flat rate discount penerbangan

6- Akhir sekali, E-tiket akan di hantar ke alamat email korang dan Traveloka app untuk korang simpan sebagai rujukan nanti.


Syarat-syarat untuk membuat tempahan

1- Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID

2- Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran

3- Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat

4- Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)

5- Tempoh Perjalanan: Bila-bila masa sahaja


Jadi, tunggu apa lagi korang. Jom lah bercuti ke SEEngapore dan nikmati tawaran hebat dari Traveloka dengan menggunakan kupon "GOSG" untuk menempah tiket penerbangan serta diskaun 20% untuk tempahan hotel sepanjang korang bercuti ke Singapore nanti. Korang dah boleh rancang percutian korang nanti dengan hanya menggunakan Traveloka sahaja. Sangat mudah dan cepat. Korang hanya perlu pilih dan klik sahaja. Jangan lupa untuk layari laman Traveloka dan nikmati promosi percutian ke SEEngapore bersama Traveloka. Korang boleh klik kat SINI . 

Artikel Terkait

Latest
Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon