Datuk K Terkejut Asyraf Berubah Kerana Azizan Osman

by - 7:54:00 AM

Datuk K Terkejut Asyraf Berubah Kerana Azizan Osman | Baca tajuk artikel saja, rasa macam boleh buat gaduh. Kenapa pula Asyraf anak Datuk K boleh berubah gara-gara Azizan Osman. Sabar, sabar, berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya tu?


Kalau ada tonton video di Instagram Asyraf Khalid baru-baru ini, mungkin anda akan faham dengan lebih jelas tentang apa yang berlaku. 



Sebenarnya Asyraf telah bertemu dengan Azizan Osman beberapa tahun lepas. Tetapi kita semua tak tahu apa yang berlaku antara mereka. Tiada isu apa-apa sebenarnya, cuma Asyraf sebenarnya telah berada di dalam salah satu kelas bimbingan RichWorks.


Pasti banyak persoalan yang terkandung di benak fikiran. Adakah RichWorks Lahirkan Jutawan? Kalau ikutkan hati, kenapa Asyraf memilih untuk belajar dengan Azizan Osman sedangkan ayahnya juga seorang ahli perniagaan?


Beliau ada big why tersendiri. 


Dan dengan Big Why itu jugalah beliau dilihat semakin berubah lebih berjaya sekarang.


Video Datuk K Meluahkan Perubahan Asyraf Disebabkan Azizan Osman




Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:


https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864



Makan malam sempena hari lahir Datuk K diadakan di Rumah Datuk K, jemputan mereka adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman. Dalam majlis itulah Datuk K merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr  Osman kerana telah mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah dalam aspek kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 



Perubahan Asyraf Adalah Kerana…



  1. Big Why 


Asyraf berterus terang pada malam itu akan apa yang terbuku di hati beliau. 


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”  - Asyraf



  1. Mempunyai Mentor Yang Sungguh Ingin Membantu


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.” - Asyraf



  1.  Kesabaran Bapa Membesarkannya


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.” - Asyraf



  1.  Belajar Dari Kegagalan


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.” - Asyraf


  1. Orang Sekeliling Banyak Membantu



"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.” - Asyraf


  1. Bukan Sekadar Dibimbing Untuk Bisnes


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”


Ini adalah kata yang dikeluarkan oleh Datuk K. Beliau sendiri melihat perubahan anaknya adalah kerana ajaran Datuk Wira.


Bagaimana Datuk Wira Dr Azizan Osman Membimbing Usahawan





Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:


https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link





Dengan segala perubahan diri dan kehidupan Asyraf, beliau suka dibimbing oleh Datuk Wira dan selayaknya, Datuk Wira adalah mentor terbaik buat dirinya. Dengan ilmu bisnes yang diajar, beliau juga belajar banyak tentang kehidupan dan hubungan dengan manusia serta pencipta.


Disamping itu, Datuk Wira juga memberikan nilai-nilai baik ada dalam kalangan kumpulan usahawan RichWorks. Ini sangat membantu menjadikan Asyraf lebih baik dari sebelumnya.



Dari segi ilmu perniagaan pula, RichWorks dan Datuk Wira sendiri sudah berpengalaman dalam bidang pemasaran dan kepimpinan sejak tahun 2008 lagi. Pengalaman mereka juga sangat lama dan menakjubkan kerana telah diiktiraf di peringkat global.


Dengan perubahan yang berlaku pada anaknya, Datuk K berucap bahawa beliau turut cemburu dan kagum kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman.


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.” 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.”


Kesimpulan Dari Perubahan Asyraf Selepas Mentoring RichWorks


  1. Usahawan Perlu Komited Dan Bersungguh-Sungguh 


Tindakan Datuk Wira sebagai mentor usahawan yang dikenali ramai sangat menakjubkan dimana beliau benar komited dan ingin bantu usahawan. Dengan kelebihan dan kebolehan beliau, usahawan pasti akan berjaya sekiranya benar-benar komited untuk dibimbing. 


  1. Bantu Usahawan Lain


Datuk K pula mengingatkan kepada semua bangsa usahawan yang berjaya supaya tidak melupakan individu yang memerlukan bantuan untuk berjaya. Rajin bantu orang lain, jadilah seseorang yang bermanfaat kepada orang lain. 


  1.  Rendah Diri , Jangan Ego dan Sombong

Jangan ego dan terlalu selesa, sebaliknya jadilah seorang yang rendah hati, rendah diri dan mudah bantu orang lain.



Di samping itu, hubungan baik antara Asyraf dan mentornya serta Datuk K dan Datuk Wira juga perlu dicontohi. Selagi mana kita mampu menghargai satu sama lain, tidak rugi untuk kita lakukannya. Jika benar-benar kita hargai seorang guru, sangat besar ganjarannya.


Teringin nak tahu lebih lanjut tentang RichWorks, Datuk Wira dan Kelas Usahawan yang diadakan, anda boleh ke www.richworks.com


Untuk dapatkan ilmu percuma, kisah inspirasi dari usahawan jutawan RichWorks yang dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri, anda boleh sertai, https://t.me/AzizanOsmanOfficial 


You May Also Like

0 komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)