Diskaun Murah Dengan Menggunakan Aplikasi Marrybrown

by - 11:15:00 PM

Assalamualaikum. Ada yang suka makan ayam goreng macam zati tak? Mestilah ada kan. Khusus buat penggemar ayam goreng, zati nak bagitahu korang yang Marrybrown bagi ayam percuma. Syaratnya korang kena muat turun aplikasi Marrybrown dan daftar sebagai pengguna. Selain itu, boleh dapat diskaun murah bila buat pembelian dengan menggunakan aplikasi Marrybrown. Nak tahu tak macam mana? Meh zati citer kat korang. 




Muat Turun Aplikasi Marrybrown

Untuk pertama sekali korang kena muat turun aplikasi Marrybrown di sini. Aplikasi ini juga boleh di muat turun melalui Google Playstore atau Apple Appstore. Selepas itu, korang boleh daftar pengguna untuk kali pertama dan isikan maklumat diri yang diperlukan. 

Bagi pengguna kali pertama aplikasi Marrybrown, korang layak dapat seketul ayam goreng dengan percuma sahaja. Menarik kan?



Ada yang lagi menarik tentang aplikasi Marrybrown ni. Korang boleh tebus diskaun pembelian yang paling murah dengan harga serendah RM2.90 sahaja. Korang boleh godek-godek baucer diskaun ni kat bahagian Deals.



Cara Menebus Deals

  1. Klik ‘Deals’ pada bahagian homepage atau tab
  2. Pilih deals yang korang berminat 
  3. Selepas itu, tekan redeem dan checkout pada bahagian ‘My Reward’
  4. Korang boleh tebus deals dengan mengimbas QR Code di Outlet Marrybrown yang terpilih

   


     

 

   


Dengan menebus deals dari aplikasi Marrybrown ni memang jimat tau gaiss. Boleh la korang guna untuk membeli juadah berbuka puasa bersama keluarga. Jimat kan. 




Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman berikut : 


You May Also Like

0 komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)